Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh umat islam. Tentu juga ada ibu yang teruja untuk menyambut Ramadan dengan anak bukan? Berpuasa belum diwajibkan kepada kanak-kanak namun tidak salah jika mengajar anak untuk memahami dan melakukan puasa agar anak lebih terbiasa bila dewasa kelak.

  1. Apakah makna Ramadan dan amalan yang wajib?
    Sebelum menyuruh anak berpuasa, jelaskan dulu tentang makna dan amalan-amalannya. Penjelasan ibu haruslah sesuai dengan tahap umur dan pengetahuan anak. Ia tidak perlu terperinci.

  2. Jadilah contoh terbaik.
    Anak-anak akan selalu mencontohi ibu bapanya mereka. Jika anak ingin belajar berpuasa, maka ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dengan tidak merungut semasa berpuasa dan melakukan amalan-amalan yang baik di bulan Ramadhan.

  3. Berikan semangat dan hadiah apabila anak puasa.
    Awal berlatih untuk berpuasa tentu anak akan kelaparan dan merengek. Oleh itu ibu bapa perlu memberikan semangat dan motivasi apabila anak berpuasa.
    Bila perlu, berikan anak hadiah sebagai ganjaran jika dia berjaya untuk puasa sehari penuh. Tetapi jangan lupa jelaskan kepada anak tentang ganjaran yang lebih besar daripada Allah daripada ganjaran yang kita berikan. 
  4. Libatkan anak dengan aktiviti ketika Ramadan.
    Ibu boleh ajak anak untuk bersahur dan berbuka bersama-sama untuk anak merasai kelebihan berpuasa. Bawa anak untuk solat terawih dan pastikan anak dalam keadaan terkawal tanpa menganggu jemaah lain. 
    Namun ketika pendemik ini seeloknya ibu bapa berjemaah dengan anak di rumah.

  5. Hidangkan menu kegemaran anak.
    Dengan menghidangkan menu kegemaran anak ketika berbuka dan sahur,  ini boleh menjadi dorongan supaya anak akan lebih semangat untuk berpuasa. Khususnya ketika sahur, kerana waktu sahur kanak-kanak masih mengantuk dan tidak mempunyai selera makan.

    Berikan mereka buah-buahan segar dan jus buah-buahan segar yang penuh dengan kebaikan dan gula semula jadi agar mereka rasa segar dan kekal bertenaga.

#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare