PENTINGNYA EYE CONTACT DENGAN ANAK
Tahukah ibu eye contact adalah gerak tubuh yang paling penting dalam membina perhubungan dan komunikasi efektif dengan anak-anak
Salah satu sebab kenapa anak tidak mempedulikan atau buat tidak tahu permintaan dan batasan adalah kerana ibubapa tiada eye contact apabila meminta anak melakukan sesuatu.
Bila dengan anak pastikan memberi arahan dengan keadaan memandang mata anak. Jangan sesekali memberi arahan sambil-sambil. Contoh memberi arahan dari jauh, atau sambil melihat gadjet tidak menumpukan perhatian pada anak.
Eye contact sangat penting untuk membina cinta dari mata turun ke hati anak-anak.
Begitu juga dengan anak, apabila kita meminta anak melakukan sesuatu ketika anak sedang buat sesuatu seperti melihat tv anak juga tidak memberi tumpuan kepada kita kerana tiada eye contact.
Anak tidak fokus dan tidak memberi perhatian. Arahan atau percakapan kita bagaikan angin lalu buat anak.
Bila tiada eye contact ianya menunjukan ibu tidak serius. Apabila ibu tidak serius, anak juga tidak serius mendengar apatah lagi menurut apa yang diminta.
Apa yang anak lihat dalam mata kita adalah *lebih ‘powerful’ berbanding kata-kata yang anak dengar daripada mulut kita*
Cara nak lakukan eye contact :
- Pastikan ibu dalam lingkungan visual field anak
- Tolong rendahkan badan ibu atau tundukan sedikit bahu.
- Samakan aras mata selari dengan mata anak