22 March 2021



Pernah tak dengar tentang kemahiran motor halus dan motor kasar? Mungkin ada ibu yang pernah dengar tapi tahukah apa maksudnya? Kemahiran Motor bermaksud aktiviti yang melibatkan pergerakan otot dalam badan yang terbagi kepada dua iaitu motor halus dan motor kasar. 

Kedua-dua kemahiran motor ini sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak kecil.

Kemahiran motor halus ialah aktiviti yang melibatkan otot kecil. Perkembangan kemahiran anak yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan. 

Antara kepentingan motor halus:

  • Membina otot-otot tangan dan jari.
  • Membina koordinasi mata,jari dan tangan.
  • Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan.
  • Bermain dengan bongkah atau blok binaan.
  • Mewarna bentuk,corak dan objek.
  • Melakukan aktiviti permainan air dan permainan pasir. 
Kemahiran motor kasar ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot besar – iaitu melibatkan seluruh tubuh badan. Seperti merangkak, berdiri, berjalan, melompat dan mengensot.

Antara kepentingan motor kasar:
  • Membina otot-otot kaki
  • Membina otot-otot tangan
  • Membina koordinasi yang melibatkan mata dan kaki. 
  • Membina koordinasi mata dan tangan.
  • Membina koordinasi tangan dan kaki.
  • Membina koordinasi pada bahagian leher dan kepala.
  • Membina koordinasi otot-oto pada keseluruhan anggota badan. 
Jadi ibu kedua-dua kemahiran motor ini perlu dikenalkan pada anak. Setiap kemahiran motor ini ada faedahnya. 

Helping with Your First Few Steps



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates