08 March 2021



Ada sesetengah bayi selalu muntah dalam proses menyesuaikan diri kepada penyusuan badan pada minggu-minggu awal kelahiran. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan tabiat penyusuan, situasi sekeliling, atau perkembangan kesihatan bayi secara umum.

1. Perut bayi masih menyesuaikan diri dengan sistem penghadaman.

Bayi yang baru lahir perutnya masih kecil. Jadi bayi perlu menyesuaikan diri untuk terima makanan terus ke mulut mereka. Muntah boleh jadi disebabkan bayi masih baru untuk sistem penghadaman yang baru.

2. Air susu terlalu laju

Kadangkala, air susu terlalu laju semasa let down reflex atau kerana susu terlalu penuh juga menjadi punca bayi muntah selepas menyusu. Ini akan menyebabkan ruang udara yang besar ditelan bersama susu. Situasi ini juga akan menyebabkan bayi mengalami sedu.

3. Tidak sendawakan bayi

Kebanyakkan bayi akan muntah jika ibu tidak sendawakan mereka selepas menyusu. Sendawakan bayi selepas menyusu membatu mengeluarkan angin yang masuk ketika menyusu. Apabila selalu sendawa bayi selepas menyusu kemungkinan muntah selepas menyusu berkurangan. 

4. Minum terlalu banyak

Menyusu terlalu banyak menyebabkan perut bayi terlalu penuh sehingga bayi akan termuntah selepas menyusu. Biasakan dengan memberi bayi menyusu sedikit demi sedikit namun lebih kerap. 

5. Batuk & Berkahak
Demam, batuk , atau berkahak yang banyak akan menyebabkan bayi tidak selesa. Ini akan meyebabkan bayi akan selalu muntah. Jika batuk berkahak ini berterusan atau menyebabkan bayi susah bernafas seperti selalu bawa berjumpa dengan doktor dengan segera.


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates