08 February 2021



Selepas melahirkan anak seorang ibu akan berlaku perubahan hormon yang besar dan akan memberi kesan kepada fisiologi dan psikologi. Ianya tidak mustahil ada sesetengah ibu akan mengalami kemurungan. 

Ibu perlu mengatur kehidupan keluarga baru ibu. Tubuh juga memerlukan rehat secukupnya selepas bersalin. Ketidakselesaan yang ibu alami hanya bersifat sementara jadi jangan terlalu risau. Jangan sesekali menyendiri dalam peringkat ini, kongdi perasaan ibu dengan orang lain.

Antara perubahan yang akan berlaku adalah :

Keletihan

Selepas kelahiran ibu perlu menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang berubah. Ibu juga perlu mengikut rentak hidup bayi ibu. Lagi-lagi ibu perlu menyusukan bayi setiap 2 atau 3 jam sekali tanpa mengira pagi atau malam yang memerlukan tenaga yang banyak. 

Tubuh Badan 

Dalam beberapa minggu lepas kelahiran, perubahan pada badan ibu mungkin akan menganggu ibu. Perut ibu telah merenggang, berpigmen dan ibu mungkin sudah tidak muat memakai seluar kegemaran ibu. Jadi untuk mengecilkan badan seperti sedia kala mungkin akan mengambil masa namun jangan sesekali stress ibu.

Kebersihan

Berikan masa untuk tubuh badan ibu kembali kelihatan menawan. Kebersihan di bahagian sulit juga mesti diberi perhatian khusus. Pastikan bahagian faraj selepas di basuh dikeringkan untuk mengelakkan jangkitan. 

Rambut Anda

Keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara biasa. Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi ibu jangan terlalu panik jika rambut mengalami keguguran yang agak teruk. Ibu boleh minta ahli farmasi mengesyorkan minyak terapi yang boleh menguatkan rambut.

Kecergasan 

Ia ibu boleh melakukan senaman namun pastikan dilakukan dengan sederhana. Jangan sesekali melalukan senaman yang lasak di awal kelahiran. Sebolehnya lakukan selepas berpantang. 

Senaman ini penting kerana ia bukan sahaja, mengalakkan hubungan intim malah untuk mengelakkan masalah seperti inkontinens atau uterus yang melendut.


Lakukan senaman otot pelvis

Semasa mengandung, otot dasar pelvis menahan berat yang berlebihan Kemudian otot akan mengalami renggangan yang keterlaluan semasa bersalin dan menyebabkan fungsi pelvis menjadi terhad. Oleh itu cuba kurangkan tekanan kepada pelvis. Ibu boleh lakukan senaman untuk otot pelvis. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates