10 February 2021



Perkara yang selalu diabaikan ketika hamil adalah persediaan mental ketika mahu bersalin. Kebiasaannya, perkara yang lebih difikirkan oleh bakal ibu ini adalah hospital pilihan, pakaian, mainan, katil bayi, kerusi tolak bayi, kerusi kereta dan lain-lain barang keperluan fizikal.

Namun untuk persediaan mental ramai ibu tidak ambil peduli ini mungkin kerana tidak menjangkakan sebarang masalah.  Persediaan mental adalah antara latihan yang paling penting perlu dilakukan oleh ibu hamil jika mahu bersalin secara alami. 

Contoh persediaan mental adalah seperti berikut :

1. Emosi Ketika Bersalin
Kenal pasti emosi yang mungkin berlaku sewaktu bersalin nanti. Lagi dekat dengan tarikh bersalin lagi tidak stabil perasaan ibu. Jadi pastikan ibu tahu bagaimana cara untuk mengatasinya. 

2. Kenalpasti Tahap Ketakutan
Tidak dinafikan bila waktu bersalin makin dekat perasaan takut tu akan muncul. Namun ibu perlu buat rasa ketakutan itu jagan difikirkan sangat takut naik darah tinggi nanti. Ibu perlu berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menghilangkan ketakutan anda. Cari aktiviti yang membuatkan ibu tidak berasa takut. 

3. Kemahuan atau Kehendak
Latihan ini dapat melatih anda untuk mengenalpasti apa yang benar-benar diperlukan dalam rancangan bersalin. Ia memberikan kebebasan memilih dan bukan lagi berserah sepenuhnya pada pilihan doktor.

4. Proses Bersalin
Semua wanita mahukan proses bersalin yang cepat dan tenang. Ingat ibu kesakitan itu hanya sementara. Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan. 

5. Meditasi Bersalin
Latihan ini dapat melatih ibu untuk mengenalpasti apa kekuatan dalaman dan bagaimana untuk melatih kekuatan dalaman supaya dapat dibuat semasa sedang sakit bersalin.

Percaya badan akan mampu dan kuat untuk lalui proses bersalin dengan mudah. kurniakan buat semua wanita. Namun ibu juga jangan merasa murung bila ibu terpaksa dibedah. Ianya mungkin atas keselamatan ibu dan anak. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates