MAINAN YANG SESUAI UNTUK BAYI BERUSIA 3 BULAN KEATAS
Tidak dinafikan bila membeli barang bayi, ibu mesti teruja bila melihat mainan untuk bayi. Namun pernah tidak ibu tahu tidak semua mainan bayi sesuai untuk diberikan. Mainan yang ibu hendak berikan kepada bayi perlulah mengikut kesesuaian umur bayi.
Mungkin ada ibu yang merasakan hanya perkara remeh tentang mainan untuk bayi, namun ianya boleh mempengaruhi kesihatan dan minda bayi jika beri mainan tidak mengikut usia anak.
Mainan bayi mengikut umur akan mempengaruhi motor halus dan motor kasar anak. Oleh itu penting untuk memilih mainan yang sesuai.
Untuk bayi berusia 3 bulan akan seronok mendengar bunyi-bunyi mainan dan melihat warna-warna menarik perhatian. Usia ini juga anak sudah minat untuk memegang. Diingatkan ibu pastika memilih mainan ciri dan tekstur bersesuaian dengan anak.
Antara mainan yang ibu boleh berikan:
1. Mainan gelang gigit
Gelang gigit yang diperbuat dari silikon lebih baik berbanding gelang yang diisi air. Dikhuatiri akan bocor. Jika air itu tidak melakukan proses steril amat bahaya.
2. Mainan berbunyi
Bayi berusia 3 bulan sangat disarankan mainan yang berbunyi. Bayi akan merangsang dengan bermain mainan bunyi yang diberikan.