24 February 2021



Fingerplay adalah cara mudah dan tanpa kos untuk meluangkan masa bersama anak dan belajar bersama.Tetapi ramai ibu bapa tidak tahu apakah itu fingerplay lagi-lagi ibu di Malaysia. 

Bila ibu dengar tentang fingerplay pasti terfikir apa itu permainan jari, mengapa ia penting, dan bagaimana memulakannya. 

Apa itu Fingerplay?

Fingerplay adalah gerakan tangan yang diselaraskan dengan lagu,sajak dan kadang-kadang cerita. Pergerakannya biasa melibatkan seluruh tangan dalam gerakan besar seperti melambai. Atau pergerakan jari yang lebih kecil dan lebih terperinci.

Mengapa Fingerplay bagus untuk anak?

Fingerplay sangat  bagus kerana meningkatkan:

  • Kemahiran bahasa lisan: Semasa menyanyikan lagu yang sama, anak akan mendengar dan menyimpan bahasa lisan yang mereka dengar. 

  • Imaginasi: Ketika seorang anak terlibat dengan permainan jari, anak akan mengambarkan dalam fikiran mereka. 

  • Perkembangan otak: Kajian pakar mendapati jika menghafal lagu dan sajak mendorong perkembangan otak yang sihat. 

  • Fokus : Bila ibu melakukan permainan jari, jari-jari ibu akan bergerak mengikut irama, Jadi anak akan lebih fokus kerana mengikut pergerakan jari ibu. 

  • Rangsangan deria: Rangsangan deria sangat penting di peringkat awal perkembangan.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates