04 February 2021


Oleh kerana mastitis bukanlah penyakit, dan tidak dapat merebak, seeloknya ibu mencegah sebelum terkena. 

Bila mastitis terjadi dan ibu perlu minum ubat kemungkinan ibu perlu berhenti menyusukan anak ibu sehingga kurang bengkak atau sampai sembuh.Terutama sekali jika mastitis ibu sampai bernanah. 

Jadi sebelum perkara itu terjadi jom kita mencegah. Antara boleh kita lakukan untuk mencegah bengkak susu dengan cara:

1. Menyusu secara teratur

Bila ibu rasa payudara sudah penuh, jangan tunggu anak menangis atau meminta susu terus bagunkan dan susukan anak. Lagi untuk anak yang baru lahir berikan anak susu 2 jam sekali.

Jika ibu sudah masuk kerja, ibu mengepam susu secara berjadual bagi mengelakkan bengkak susu berlaku.

2. Kosongkan payudara

Pastikan ibu sentiasa mengosongkan payudara ibu tida kira dengan bayi menghisap atau dengan mengepam. 

Bagaimana nak tahu payudara kosong? Sekiranya payudara kosong ianya akan kelihatan mengempis. Untuk ibu tidak perlu memerah susu selepas menyusukan anak kecuali susu itu memang melimpah. 

3. Menyusu dengan kedua payudara

Ibu juga perlu bergilir menyusu, payudara kanan dan kiri secara seimbang. Jangan biarkan si kecil ibu menyusu lebih kerap di payudara kanan sahaja. Bila ibu sudah selesai menyusu di sebelah kanan, sesi penyusuan seterusnya hendaklah di payudara kiri.

4. Sentiasa membersihkan puting

Setelah selesai menyusu seeloknya basuh puting dengan tuala basah dengan air suam. Lap dengan lembut dan keringkan. Jangan sesekali mengunakan sabun kerana boleh mengeringkan kulit di sekitar puting dan menyebabkannya mengembangkan bakteria.

5. Jangan meniarap

Pastikan dalam tempoh penyusuan jangan tidur meniarap. Ianya akan memberi tekanan pada payudara dan dapat menyekat susu ibu. 

Sekiranya payudara ibu mengalami kesakitan yang tidak dibendung elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 








ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates