01 February 2021




Pasti ibu akan tertanya-tanya apakah itu nursing strike bukan? Nursing strike ini adalah di mana bayi tolak untuk menyusu dengan ibu (wean off) tanpa paksaan. Apabila nursing strike berlaku ianya isyarat kepada ibu ada sesuatu yang tidak kena terhadap anaknya. 

Nursing strike ini selalunya berlaku ketika usia bayi 3-8 bulan, namun begitu ia boleh juga terjadi pada masa-masa lain akibat pelbagai faktor penyumbang.

Sewaktu terjadinya nursing strike ibu jangan sesekali tidak berbuat apa-apa seeloknya pam susu dah simpan dahulu. Ini kerana untuk memberi isyarat kepada otak masih ada permintaan pada susu ibu. 

Antara punca terjadinya nursing strike adalah:

1. Mastitis.

Mastitis ialah keadaan di mana payudara anda mengalami keradangan. Keradangan ini boleh menjadi jangkitan dengan cepat. Bila berlakunya mastitis susu akan mula berkurang dan tahap kandungan sodium tinggi menjadi susu masin. 

2. Tumbuh gigi.

Sememangnya waktu gigi tumbuh ianya bukanlah menyakitkan buat bayi, cuma penyebab bayi tidak selesa. Jadi ibu boleh berikan sesuatu benda yang sejuk untuk bayi. 

3. Bayi tidak sihat. 

Faktor tidak sihat juga adalah penyebab bayi menolak susu ibu. Contoh bila selsema membuatkan bayi sukar bernafas bila menyusu. Sekiranya bayi mengalami jangkitan dia mulut menyebabkan bayi tidak selesa untuk menghisap dan menelan.Jangkitan telinga bayi boleh menyebabkan bayi tidak selesa apabila telinga yang sakit itu dikenakan tekanan. Ini adalah melibatkan posisi semasa penyusuan yang mana bahagian telinga yang sakit dihimpit.

Jadi pastikan ibu selalu memeriksa kondisi bayi. 

4. Tekanan kerana persekitaran.

Jangan terkejut ya ibu, bayi juga boleh mengalami stress. Persekitaran yang tidak selesa juga membuatkan bayi tolak untuk menyusu. Jadi ibu boleh cuba berubah kepada persekitaran yang selesa. 

5. Kurang menyusu melalui payudara.

Bila bayi terbiasa menyusu mengunakan botol akan menyebabkan bayi mula kurang merespons kepada hisapan terus ke payudara ibu. Ini kerana menghisap mengunakan payudara mengunakan lebih tenaga daripada susu botol. Jadi elakkan terlalu memberi anak minum dengan botol susu. 

6. Masalah kurang bekalan susu ibu.

Penghasilan susu badan berdasarkan demand dan supply. Bila demand berkurangan supply juga akan berkurangan. Bila anak kurang menyusu ibu perlu mengepam untuk menghasilkan supply. 

7. Perubahan rasa susu ibu. 
Pemakanan ibu adalah salah satu faktor penyebab rasa susu itu berubah. Kajian menunjukan ibu yang minum banyak kafien akan menjejaskan rasa susu. Selain itu sesetengah vitamin dan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan kepada rasa susu ibu.

Apabila terjadinya nursing strike apa yang diperlukan adalah perhatian yang lebih terhadap bayi. Buat sementara waktu ini fokus untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala. 




ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates