19 February 2021

Diusia 0-3 bulan kebanyakkan bayi masih banyak menghabiskan masa dengan tidur. Tetapi pada usia 4 bulan,anak akan mula berjaga selama beberapa jam untuk bermain.

Semasa bermain, pada mulanya dia akan kelihatan gembira, bergumam pada dirinya sendiri dan sibuk bermain dengan jarinya. Tetapi lama-kelamaan anak mula akan menangis disebabkan bosan.

Berikut adalah beberapa permainan yang boleh dimainkan oleh ibu dengan bayi untuk menghilangkan rasa bosan. Permainan kali ini bukan sekadar bermain kerana bayi akan mendapat faedah positif untuk perkembangan otak dan otak. 

1. Meniarap dan beri mainan

Ada sesetengah bayi tidak suka meniarap namun ini dangat penting untuk mendukung perkembangan motor kasar anak. Jika boleh ibu memberi galakan terhadap anak.

Sambil meniarap ibu juga boleh memberi mainan kepada anak. Sebolehnya biarkan anak cuba mencapai mainan itu. 



2. Sitting up play

Di usia 4 bulan, ibu dah boleh mengajar anak duduk. Caranya genggam kedua tangan anak yang sedang berbaring terlentang dan tarik perlahan kedua tangannya hingga badan dalam posisi duduk. Diamkan beberapa saat dan baringkan balik anak. 

Ibu boleh melakukan aktiviti ini namun jika anak sudah letih jangan dipaksa. 



3. Mirror play

Ibu boleh letakkan bayi dalam keadaan meniarap di hadapan cermin. Anak akan dapat melihat pantulannya dari cermin. Ketika anak melihat cermin ibu pasti akan nampak mimik mukanya yang comel.

Anak juga akan menganggap bahawa pantulannya di cermin adalah teman bermain. 



4. Finger play


Pernah tak ibu dengar tentang finger play? Bermain jari adalah perkara yang amat mudah dah bagus untuk bayi. 

Mainkan jari ibu di atas tangan, kaki, atau perutnya sambil menyanyi dan menatap wajah kecilnya. Ibu boleh melakukan sambil menyanyi atau bercerita. Ini sangat elok untuk pendengaran, sentuhan dan penglihatan bayi ibu. 

5. Book Play

Ibu boleh membacakan buku cerita sebelum tidur kepada anak. Walaupun anak masih tidak faham jalan cerita, kaedah ini santai buat anak.

Pilih buku cerita bayi yang warna-warna terang untuk menarik perhatian anak. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates