02 February 2021


Bila kena nursing strike pasti hati ibu akan sedih bukan. Mesti macam-macam yang ibu akan fikirkan. Lagi-lagi bila hasrat dihati nak menyusukan anak sampai usia 2 tahun tiba-tiba anak tolak untuk menyusu pula.

Jangan risau ibu anak tolak bukan maksud anak tolak untuk selamanya. Masih ada cara yang ibu boleh buat untuk membuatkan anak menyusu badan balik. Bagaimana nak atasi masalah ini? Jom kami akan kongsikan.

1. Teruskan memberi susu.

Jangan sesekali menyerah ibu. Terus sahaja mencuba, lagi pula diwaktu anak mengantuk. Cuba perlahan-lahan masukan dalam mulut anak. Jika anak menolak jangan dipaksa, tunggu sebentar dan cuba lagi secara perlahan-lahan.

2. Ubah posisi.

Cuba ubah kedudukan penyusuan yang berbeza. Ada kemungkinan jika anak sakit telinga dia tak selesa untuk menyusu secara mengiring kerana telinganya sakit. Jadi ibu boleh ubah posisi yang lebih selesa untuk anak. 

3. Jauhkan dari gangguan

Kadang-kadang ibu perlu cari tempat yang kurang gangguan. Tidak kira dari apa keadaan. Contoh kawasan itu panas, ibu cari tempat yang sejuk untuk menyusu. Atau tempat yang bising ibu boleh cari tempat yang tenang dan selesa.

4. Skin to skin

Ibu juga boleh cuba kaedah skin to skin untuk membuatkan bayi rasa dekat dengan ibu. Dengan melakukan kulit ke kulit bayi akan lebih berkeyakinan dan tenang.

5. Atasi masalah

Jika anak menolak susu badan kerana anak mengalami kesakitan ibu perlu merawat dahulu. Bagi anak dalam keadaan sihat sepenuhnya dah ibu boleh usaha lagi.Namun sangat sesekali berenti mengepam susu dikuatiri susu badan berkurangan.

Ibu-ibu boleh cuba ikut tips di atas. Semoga kaedah ini berjaya buat anak dan ibu. 












ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates