07 January 2021



Menyusu adalah salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi setiap ibu. Penyusuan bukan sahaja memberi khasiat untuk anak kecil, tetapi juga membina ikatan antara ibu dan bayi.

Bagi ibu baru, menyusu kadang-kadang bukan kerja mudah. Ibu mungkin akan menghadapi beberapa masalah seperti susu ibu tidak lancar menyebabkan bayi sering menggigit puting ketika menyusu. Itu juga antara pengalaman menyakitkan. 

Sebenarnya ada beberapa sebab bayi akan mengigit puting ketika menyusu. Antara sebab bayi mengigit puting ketika menyusu adalah: 

1. Tumbuh gigi

Antara sebab bayi menggigit puting ibu adalah kerana anak dalam fasa tumbuh gigi. Dalam fasa tumbuh gigi anak kemungkinan akan rasa kurang selesa seperti sakit atau gatal gusi. Jadi untuk mengurangkan rasa sakit atau ngilu anak mengigit puting ibu. 

Fasa tumbuh gigi juga menjadikan pengeluaran air liur bayi meningkat. Jadi, anak akan menggigit puting ibunya untuk mengawal air liur di mulutnya.



2.Tanda ingin bergurau atau membantah

Menggigit puting juga boleh jadi tanda protes bayi ketika ibu sibuk melakukan aktiviti lain seperti sibuk bermain dengan telefon bimbit atau berbual dengan orang lain. Walaupun bayi tidak pandai bercakap namun mereka hendak berinteraksi dengan ibu tanpa ibu mengalih pandangan mata mereka.

Kadang-kadang di saat akhir penyusuan juga anak akan mengigit puting hanya sekadar suka-suka.

3. Susu ibu tidak lancar

Gigitan puting juga boleh jadi tanda protes bayi apabila susu ibu tidak lancar. Ianya kerana anak tidak dapat menyatakan ekspresi mereka menggunakan kata-kata. Sehingga si kecil berharap agar menggigit puting dapat meningkatkan aliran susu.

4. Mengantuk

Kadang-kadang menggigit puting dilakukan tanpa unsur sengaja dari si kecil ibu. Bayi itu menggigit puting secara tidak sengaja kerana mengantuk, tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu mengakhiri proses penyusuan.

Antara cara nak mengelakkan anak gigit puting ibu boleh menekap payudara ibu pada muka bayi untuk bayi melepaskan gigitan tanpa ibu memaksa anak melepaskan. Ini dikuatiri akan menyebabkan puting ibu luka.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates