26 January 2021



Sebenarnya kedua-dua jenis susu ibu ini penting untuk bayi. Foremilk dengan kandungan air dan laktosa yang tinggi penting untuk memberikan tenaga, perkembangan otak bayi serta membantu menghilangkan rasa dahaga bayi. Sebab itu ibu tidak perlu memberikan bayi air masak.


Manakala hindmilk pula membantu proses tumbesaran dan menjadikan bayi kenyang disebabkan kandungan lemak penting yang terkandung di dalamnya. Jadi kekurangan foremilk boleh membuatkan bayi mengalami kekurangan air dalam badan dan tidak cukup. Susu hindmilk pula sudah tentu menjejaskan tumbesaran bayi. 

Antara salah satu faktor mengapa bayi tidak dapat cukup foremilk dan hindmilik kerana ibu terlalu sekejap menukar payudara ketika menyusu. Ini juga menyebabkan bayi tidak tidur lena dan kerap meminta susu. Kadang-kadang perkara ini akan membuatkan ibu risau.

Semasa proses mengepam susu, pastinya ibu akan dapat melihat perbezaan pada susu yang keluar pada awal proses mengepam dan selepas beberapa ketika ibu mengepam susu. Jika ibu mendapati susu foremilk lebih banyak, ini berlaku kerana ibu menghentikan proses mengepam pada pertengahan sesi tersebut. 

Jadi cara yang terbaik buat para ibu, ketika proses mengepam dilakukan, terus melakukannya sehingga payudara berasa ringan dan kosong bagi mendapatkan lebih penghasilan hindmilk.

Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan bayi tidak mendapat susu hindmilk yang secukupnya:

  • Najis kehijauan dan sedikit keras
  • Bayi kerap menangis kerana mengalami perut kembung
  • Terdapat darah pada najis bayi
  • Bayi kerap muntah
  • Mengalami ruam lampin 
  • Bayi kerap menangis seolah-olah tidak mendapat susu yang mencukupi

Kedua-dua belah payudara menghasilkan jenis susu ibu yang sama, iaitu terdiri daripada jenis kolostrum, foremilk dan hindmilk. Tiada istilah menyusukan bayi dengan payudara belah kanan lebih baik dari belah kiri atau sebaliknya. Kedua-duanya sama penting dalam proses penyusuan.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates