18 January 2021



 Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang seeloknya disterilkan dan bertutup dengan rapat.

  • Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
  • Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Ibu boleh menyimpan susu badan:

  • Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
  • Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.

Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa ibu membuka peti sejuk beku.

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi ibu mengetahui perkara yang berikut:
  • Ibu boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
  • Jika ibu ingin membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Pastikan apabila ibu ingin mengepam susu, cuci tangan ibu dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.


Rujukan : Baby Centre



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates