8 FAKTA MENARIK YANG IBU PERLU TAHU TENTANG MANFAAT SUSU IBU TERHADAP BAYI
1. Sistem imunisasi tinggi
Sistem imunisasi yang sangat baik ini kerana susu ibu mengandungi antibodi dan vaksin yang baik untuk bayi.
2. Makanan yang lengkap
Susu ibu mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan oleh bayi. Bayi tidak memerlukan makanan sampingan sehingga berusia 6 bulan. Sistem badan anak akan mudah menyerap dan mencerna susu ibu.
3. Memberi perlindungan tambahan terhadap penyakit
Susu ibu berubah apabila bayi sakit, tetapi ia juga menghasilkan beberapa langkah pencegahan terhadap penyakit seperti cirit-birit, penyakit saluran pernafasan rendah, dan banyak lagi. Menurut satu kajian yang diringkaskan oleh Institut Perubatan, kesannya dilihat dalam kedua-dua jenis susu ibu, sama ada daripada payudara dan susu ibu yang dipam.
4. Mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi
Tahukah ibu yang susu ibu mempunyai lebih banyak lemak dan lebih banyak jenis lemak berfaedah, termasuklah lipase dan DHA. Lemak juga sangat bermanfaat untuk bayi kerana ia amat penting untuk perkembangan otak mereka, dan DHA adalah salah satu daripada nutrien penting yang tidak dapat ditiru dalam makmal. Pada masa ini, kandungan lemak dalam susu ibu mengatasi semua jenama dan jenis susu formula.
5. Protien dalam susu ibu membantu bayi tidur
Susu ibu mengandungi 'protein yang mendorong tidur' kerana unsur biologi yang terdapat dalam proses pengeluaran susu. Pada asasnya, badan ibu yang menyusu menghasilkan susu dengan agen lebih mengantuk pada waktu malam.
6. Memenuhi jumlah keperluan karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber nutrien yang paling penting bagi. Bayi memerlukan jumlah karbohidrat yang konsisten sebagai bekalan tenaga untuk makan dan membesar. Ini adalah keistimewaan susu ibu kerana bayi mendapat jumlah karbohidrat yang mereka perlukan berdasarkan tahap perkembangan mereka.
7. Mengandungi lebih antioksida
Untuk bayi, antioksidan adalah sangat penting, kerana ia membantu menjaga sistem bayi supaya kekal sihat. Seperti nutrisi lain dalam susu ibu, kandungan selenium “disesuaikan” oleh badan ibu untuk memenuhi keperluan pemakanan tertentu bayi.
8. Gigi bayi lebih cantik
Penyusuan susu ibu merendahkan risiko bayi anda mendapat kaviti dan kerosakan gigi, dan ia juga mengurangkan peluang mereka perlu memakai pendakap gigi semasa besar nanti.
8. Kurang risiko obesiti
Memandangkan susu formula boleh membuatkan bayi bertambah berat badan, ia juga boleh menjadikan bayi terlebih berat. Berbeza dengan bayi yang menyusu badan, si manja akan naik berat badan dengan betul mengikut usia mereka.
Helping with Your First Few Steps