08 January 2021



Susu ibu mengandungi pelbagai khasiat dalam imbangan yang betul mengikut keperluan bayi. Untuk memanfaatkan penyusuan susu ibu, digalakkan memberi penyusuan secara eksklusif sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun. 

Penyusuan seacara eksklusif merupakan langksh penting ke arah perkembangan dan tumbesaran  bayi yang sihat. Ini adalah kerana susu ibu bersih dan segar yang paling penting sesuai untuk bayi. 

Permulaan awal penyusuan sebenarnya sangat penting, tetapi tidak banyak orang memahami betapa penting faedahnya. Jom ketahui kepentingannya. 

1. Susu kolostrum

Susu awal yang keluar dipanggil kolostrum. Walaupun pengeluarannya tidak banyak namun khasiatnya sangat besar berbanding susu lain. 

Kolustrum adalah susu ibu yang sangat istimewa dihasilkan pada beberapa hari pertama selepas kelahiran. Ianya pekat dan berwarna kekuningan atau jernih. Ia mengandungi lebih protein berbanding susu yang dihasilkan seterusnya.

2. Meningkatkan fungsi imun bayi

Susu ibu memainkan peranan penting sebagai sumber makanan utama bayi. Di samping itu, susu ibu dapat membantu menguatkan sistem imun atau imuniti bayi yang baru lahir sehingga mereka dapat dilindungi dari pelbagai penyakit.

3. Memperkenalkan dan mempraktikkan kemahiran dalam proses penyusuan

Proses permulaan awal penyusuan juga akan membantu deria bau bayi agar lebih sensitif dan dapat menemui puting secara semula jadi melalui bau badan ibu dan bau susu ibu. Dengan melakukan ini, secara tidak langsung akan memperkenalkan dan melatih kemahiran anak kecil anda dalam proses penyusuan.

4. Mengurangkan bayi merasa panik setelah dilahirkan

Ketika keluar dari perut ibu bayi pasti akan menangis. Ini kerana anak masih merasa tidak kelan dengan apa yang ada disekelilingnya. Anak kecil perlukan masa untuk menyesuaikan diri setelah keluar dari perut ibu. 

Jadi untuk membuatkan bayi rasa nyaman dan selamat adalah dengan proses penyusuan awal. Ianya dapat menenangkan bayi ibu. Proses permulaan awal penyusuan juga akan merangsang hormon ibu dan menenangkan bayi. 

5. Mengeratkan hubungan ibu dan bayi

Apabila ibu menyusukan anak akan berlaku sentuhan kulit ke kulit. Dengan kaedah ini mewujudkan dan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ianya akan menjadikan anak lebih selesa. 

Ibu seharusnya tidak mencari alasan untuk tidak memberikan susu kepada bayi terutama pada awal permulaan kelahiran. Malah mencari penyelesaian dan berdoa agar berjaya meningkatkan perkembangan anak melalui penyusuan ibu.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates