22 January 2021


Mesti ibu pernah dengar saranan untuk menyusukan anak mengunakan kedua-dua belah payudara untuk memastikan anak kenyang. Namun adakah terdapat perbezaan jenis susu diantara kedua payudara itu?


Jika ikut kepercayaan ibu zaman dahulu, payudara belah kanan mengandungi air dan belah kiri mengandungi kanji yang membolehkan bayi kenyang. Tetapi sebenarnya kepercayaan ini hanya mitos semata. 

Ibu juga perlu mengetahui jenis susu ibu untuk membantu proses penyusuan. 

Terdapat 2 jenis susu ibu. Iaitu kolostrum dan susu matang. Susu matang pula terbahagi kepada dua jenis iaitu hindmilk dan foremilk

Kolostrum adalah susu ibu yang terhasil dari saat pertama kali menyusu sehingga hari ketiga atau keempat selepas kelahiran bayi. Warna susu kolostrum sedikit kekuningan dan berlemak. Ia biasanya dihasilkan dalam jumlah yang sangat sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi yang kecil selepas dilahirkan. Kolostrum adalah jenis susu ibu yang mempunyai manfaat baik dan kaya dengan protien, karbohidrat, vitamin serta mineral.

Foremilk merupakan susu awal yang berada di hadapan payudara dan terhasil semasa proses awal penyusuan yang lebih bersifat cair dan mengandungi banyak air. Kandungan laktosa yang tinggi di dalam foremilk ini penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga bagi menghilangkan dahaga bayi. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan jika warna susu tampak cair dan kurang pekat. 

Hindmilk pula, dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara. Warnanya adalah lebih pekat berbanding foremilk dan agak kekuningan. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi. Ia berfungsi untuk memberikan tenaga, membantu tumbesaran serta membuatkan bayi kenyang. 

#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates