27 January 2021
26 January 2021
7 FAKTA TENTANG SUSU FOREMILK DAN HINDMILK YANG PERLU IBU TAHU
Bila ibu baru melahirkan anak ini pastikan akan mendengar cakap-cakap orang sekeliling, namun pasti ibu tertanya-tanya yang mana fakta dan yang mana mitos. Kadang-kadang apa yang cakap oleh ibu lain itu pun dengar dari orang tua-tua. Jadi ada mitos yang perlu ibu ubah.
Antara fakta yang ibu perlu ambil tahu adalah:
Fakta 1 :
Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland. Bila ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan. Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).
Fakta 2 :
Foremilk : Susu yang mula-mula keluar semasa menyusu. Ia selalunya kelihatan cair. Mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.
Fakta 3 :
Ibu perlu menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu. Biarkan payudara pertama itu benar-benar kosong. Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.
Fakta 4 :
Fakta 5 :
Fakta 6 :
Fakta 7 :
Sekiranya bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.
Jadi setiap kali ibu menyusukan anak biar anak menghisap satu payudara sehingga terasa kosong. Ianya untuk memastikan bayi menerima susu yang seimbang.
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare
FOREMILK DAN HINDMILK MANA SATU YANG LEBIH PENTING?
Sebenarnya kedua-dua jenis susu ibu ini penting untuk bayi. Foremilk dengan kandungan air dan laktosa yang tinggi penting untuk memberikan tenaga, perkembangan otak bayi serta membantu menghilangkan rasa dahaga bayi. Sebab itu ibu tidak perlu memberikan bayi air masak.
Manakala hindmilk pula membantu proses tumbesaran dan menjadikan bayi kenyang disebabkan kandungan lemak penting yang terkandung di dalamnya. Jadi kekurangan foremilk boleh membuatkan bayi mengalami kekurangan air dalam badan dan tidak cukup. Susu hindmilk pula sudah tentu menjejaskan tumbesaran bayi.
Antara salah satu faktor mengapa bayi tidak dapat cukup foremilk dan hindmilik kerana ibu terlalu sekejap menukar payudara ketika menyusu. Ini juga menyebabkan bayi tidak tidur lena dan kerap meminta susu. Kadang-kadang perkara ini akan membuatkan ibu risau.
Semasa proses mengepam susu, pastinya ibu akan dapat melihat perbezaan pada susu yang keluar pada awal proses mengepam dan selepas beberapa ketika ibu mengepam susu. Jika ibu mendapati susu foremilk lebih banyak, ini berlaku kerana ibu menghentikan proses mengepam pada pertengahan sesi tersebut.
Jadi cara yang terbaik buat para ibu, ketika proses mengepam dilakukan, terus melakukannya sehingga payudara berasa ringan dan kosong bagi mendapatkan lebih penghasilan hindmilk.
Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan bayi tidak mendapat susu hindmilk yang secukupnya:
- Najis kehijauan dan sedikit keras
- Bayi kerap menangis kerana mengalami perut kembung
- Terdapat darah pada najis bayi
- Bayi kerap muntah
- Mengalami ruam lampin
- Bayi kerap menangis seolah-olah tidak mendapat susu yang mencukupi
Kedua-dua belah payudara menghasilkan jenis susu ibu yang sama, iaitu terdiri daripada jenis kolostrum, foremilk dan hindmilk. Tiada istilah menyusukan bayi dengan payudara belah kanan lebih baik dari belah kiri atau sebaliknya. Kedua-duanya sama penting dalam proses penyusuan.
22 January 2021
3 JENIS SUSU IBU : KOLOSTRUM,HINDMILK,FOREMILK
Mesti ibu pernah dengar saranan untuk menyusukan anak mengunakan kedua-dua belah payudara untuk memastikan anak kenyang. Namun adakah terdapat perbezaan jenis susu diantara kedua payudara itu?
Ibu juga perlu mengetahui jenis susu ibu untuk membantu proses penyusuan.
Terdapat 2 jenis susu ibu. Iaitu kolostrum dan susu matang. Susu matang pula terbahagi kepada dua jenis iaitu hindmilk dan foremilk.
Kolostrum adalah susu ibu yang terhasil dari saat pertama kali menyusu sehingga hari ketiga atau keempat selepas kelahiran bayi. Warna susu kolostrum sedikit kekuningan dan berlemak. Ia biasanya dihasilkan dalam jumlah yang sangat sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi yang kecil selepas dilahirkan. Kolostrum adalah jenis susu ibu yang mempunyai manfaat baik dan kaya dengan protien, karbohidrat, vitamin serta mineral.
Foremilk merupakan susu awal yang berada di hadapan payudara dan terhasil semasa proses awal penyusuan yang lebih bersifat cair dan mengandungi banyak air. Kandungan laktosa yang tinggi di dalam foremilk ini penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga bagi menghilangkan dahaga bayi. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan jika warna susu tampak cair dan kurang pekat.
Hindmilk pula, dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara. Warnanya adalah lebih pekat berbanding foremilk dan agak kekuningan. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi. Ia berfungsi untuk memberikan tenaga, membantu tumbesaran serta membuatkan bayi kenyang.
#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare
18 January 2021
BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK MENYIMPAN SUSU IBU?
Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang seeloknya disterilkan dan bertutup dengan rapat.
- Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
- Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.
Ibu boleh menyimpan susu badan:
- Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
- Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
- Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa ibu membuka peti sejuk beku.
Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi ibu mengetahui perkara yang berikut:
- Ibu boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
- Jika ibu ingin membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
- Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
Pastikan apabila ibu ingin mengepam susu, cuci tangan ibu dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.