10 December 2020



Pada awal-awal melahirkan, biasanya pengeluaran susu ibu akan meningkat. Ini adalah disebabkan awal-awal kelahiran bayi akan menyusu 2 jam sekali akan menyebabkan payudara sentiasa kosong dan akan dipenuhi kerana permintaan yang tinggi. 

Bila payudara terlalu penuh, ia akan menyebabkan susu bocor. Untuk mengelakkan pakaian ibu basah, ibu boleh mengunakan pelindung payudara. Pelindung itu akan menyerap susu yang bocor. Gunakan pelindung payudara yang boleh di cuci kerana lebih mesra alam dan jimat. 



Mengunakan pelindung payudara pun ada caranya ia ibu, jangan pakai seharian tanpa menukarnya. Pelindung payudara harusla ditukar setiap 2-3 jam pengunaan. Ini untuk mengelakkan bateria dan bau timbul disebabkan oleh susu ibu yang tersekat di bahagian payudara. 

Ibu disyorkan untuk mencuci alas payudara sebaik saja digunakan. Bilas alas payudara yang telah digunakan kerana susu ibu mengandungi lemak. Sekiranya dibiarkan kering pada pelapik payudara kain, ia boleh menumpuk dan menyukarkan pembersih payudara dari kotoran dan noda.

Rendam alas payudara yang boleh dicuci dengan air suam yang dicampurkan pencuci bebas bahan kimia. Tunggu 10 minit, kemudian gosokkan pad payudara yang boleh dibasuh dengan tangan. Tidak digalakkan menggunakan berus kerana boleh merosakkan lapisan pelapik kain.

Setelah mencuci dan membilas dengan bersih, ibu harus membiarkannya di bawah sinar matahari, dengan bahagian dalamnya menghadap ke luar. Ini akan menjadikannya cepat kering dan membunuh kuman yang menyebabkan bau hapak.



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates