CARA MELAKUKAN POWER PUMPING
Cara Buat Teknik Power Pumping Yang Betul
Teknik Power pumping oleh dilakukan mengikut peralatan breast pump yang telah atau bakal ibu miliki. Ia boleh sama ada jenis Single Pump atau Double Pump. Mekanisme teknik Power Pumping adalah seperti berikut:
Single Pump
1 – Pam payudara sebelah kanan selama 10 minit, kemudian berpindah ke payudara sebelah kiri dan pam selama 10 minit juga.
2 – Rehat sebentar selama 5 minit jika perlu.
3 – Ulang langkah 1 dan 2 secara selang seli untuk tempoh 1 jam 10 minit bagi satu sesi Power Pumping.
Double Pump
1 – Pam kedua-dua belah payudara selama 20 minit.
2 – Rehat sebentar selama 10 minit.
3 – Ulang langkah 1 dan 2 secara selang seli untuk tempoh 1 jam bagi satu sesi Power Pumping.
Nota:
- Lakukan teknik Power Pumping disamping standard rutin harian pengepaman biasa sekurang-kurangnya untuk satu sesi sehari (lebih kurang sejam).
- Lakukan dengan selesa, tenang, terkawal dan secara konsisten setiap hari untuk proses pengeluaran susu ibu dengan lebih baik.
- Kesan terbaik hasil teknik Power Pumping terhadap produktiviti susu ibu boleh dilihat seawal 1 hingga 2 minggu. Jadi, jangan berhenti dan teruskan usaha anda.
- Waktu terbaik untuk sesi Power Pumping boleh dilakukan antara waktu tengah malam hingga ke subuh kerana produktiviti hormon prolaktin aktif pada masa ini.
yourfabulousmama