03 December 2020



Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin meminang cahaya mata. Namun tidak semua pasangan yang berkahwin akan terus dapat meminang cahaya mata. Ada juga pasangan yang payah untuk mendapat zuriat. 

Sebenarnya, untuk hamil, tentunya perlu disokong oleh persiapan dan perancangan yang teliti dari pelbagai aspek. Antara mengapa tidak ada tanda-tanda kehamilan juga perlu untuk mencari penyebabnya, sebolehnya mencari penyebab itu dengan kadar segera. 

Berikut adalah beberapa punca susah untuk mendapatkan zuriat: 

1. Mempunyai sejarah keguguran

Mengalami keguguran boleh menjadi salah satu sebab mengapa sukar mempunyai anak. Sangat mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan psikologi seseorang jika keguguran yang lepas ibu mengalami trauma atau kemurungan. 

Sebilangan orang mungkin mengalami kesukaran untuk hamil lagi setelah keguguran. Sebenarnya, salah satu kunci untuk hamil lagi adalah mengenali tanda-tanda ovulasi dengan lebih baik. Ini kerana apabila itu berlaku, hormon dalam badan akan berubah sehingga mereka dapat mengimbangi semula setelah beberapa kitaran haid.

Percaya atau tidak persiapan mental untuk melawan dan percaya bahawa anda boleh hamil  juga diperlukan. Kemudian banyakkan nutrien yang diperlukan untuk tubuh dan kerap berjumpa doktor. Selepas keguguran, rahim biasanya tidak sekuat wanita pada umumnya.

2. Tiub fallopian tersumbat

Tiub fallopian adalah organ reproduktif wanita yang menghubungkan ovari dan rahim. Wanita mempunyai dua fallopian tiub dan kadangkala hanya satu sisi yang tersumbat dan kemungkinan kedua-duanya. Kadangkala apabila tersumbat, ia bengkak dan membentuk banyak cecair dalam tiub yang dipanggil hysterosalpingogram. Cecair itu sangat toksik dan apabila mengalir dalam rahim boleh menyebabkan wanita sukar untuk hamil.




3. Gaya hidup yang tidak sihat

Gaya hidup tidak sihat sangat mempengaruhi potensi untuk hamil. Dengan zaman serba nak rare macam-macam makanan diperkenalkan. 

Makanan pengawet juga salah satu menganggu tahap kesuburan. Bukan makanan saja, merokok dan minum alkohol juga salah satu punca. Merokok boleh menganggu proses rahim menerima sperma.

Adalah sangat digalakkan untuk mengubah gaya hidup sihat jika ibu ayah menginginkan cahaya mata. Seeloknya makan makanan segar rajinkan diri untuk memasak jangan selalu makan makanan segera. Pastikan makan makanan berkhasiat dan bersenam secara teratur.

4. Terlalu letih dan mengalami tekanan

Aktiviti padat setiap hari yang memenatkan boleh menjadi salah satu halangan untuk hamil. Kepenatan yang anda alami pasti menyebabkan tekanan. Tekanan juga adalah salah satu penyebab susah hamil.

Apabila dalam keadaan tertekan, pelepasan telur oleh ovari akan terganggu. Ada kemungkinan akan mengalami kelewatan period atau tidak datang terus. 




5. Kiraan dan kualiti sperma yang rendah

Masalah kelewatan hamil bukan sahaja boleh terjadi disebabkan isteri malah boleh jadi juga disebabkan suami. Jumlah dan kualiti sperma yang rendah boleh menjadi salah satu sebab suami isteri tidak melahirkan anak.

Jangan risau kualiti sperma ini dapat ditingkatkan dengan cara alami, seperti mengkonsumsi vitamin C, vitamin B6, vitamin B12 dan asid folat, vitamin E, dan zink. Vitamin yang dikonsumsi secara teratur dapat membantu kemampuan menggerakkan sperma, sehingga membantu menyuburkan telur.

Jadi jika masih belum dikurniakan cahaya mata baik periksa segera dengan doktor yang bertauliah.Bila dah tahu punca mudah untuk anda suami isteri hendak bertindak. Semoga anda semua beroleh zuriat yang soleh dan solehah.








ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates