18 December 2020



Boleh menyusukan anak adalah saat terindah buat ibu. Namun disaat menyusukan anak pasti akan mengalami masalah. Masalah yang sering dialami ibu adalah puting melecet atau sakit ketika bayi mengisap susu. 

Untuk mengatasi masalah ini, ibu boleh mengunakan nipple cream. Pasti ibu tertanya-tanya bagaimanakah ingin memilih nipple cream yang elok untuk bayi ibu bukan? Jom kami akan kongsikan cara untuk memilih nipple cream.

1. Bahan nipple cream

Tidak kisahlah krim apa yang ibu nak beli untuk kegunaan bayi atau ibu pastikan baca bahan-bahan yang terkandung terlebih dahulu. Sememangnya semua jenama krim akan mendakwa krim mereka terbaik untuk ibu dan bayi. 

Tetapi pastikan ibu melihat dahulu bahan yang digunakan untuk membuat krim tersebut. Kadang-kadang kandunganya tidak elok untuk bayi. 

Elakkan mengunakan krim yang mengandungi parabens, triethanolamine, minyak mineral, dan petroleum.

2. Tekstur nipple cream

Untuk mengatasi masalah puting susu melecet, ibu memerlukan krim yang halus, tidak melekit, dan mudah digunakan kerana ibu akan menggunakannya di kawasan yang sudah terasa sakit. 

3. Bau nipple cream

Pastikan ibu memilih krim puting tidak berbau. Ibu perlu ingat sesetengah bayi mungkin sensitif terhadap bau dan akhirnya akan menolak untuk menyusui. Mungkin bayi merasakan asing dengan bau tersebut. 

4. Jangan mengunakan produk menyebabkan kesan mati rasa

Berhati-hati dengan produk krim puting yang menyebabkan kebas. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya boleh mengganggu refleks susu ibu atau lebih buruk lagi sehingga boleh membuat mulut bayi mati rasa.

Steroid atau sejenisnya adalah penyebab biasa untuk menimbulkan kesan kebas. Kesan ini mungkin membuat ibu berfikir bahawa rasa sakit sudah hilang, tetapi biasanya rasa sakit itu akan kembali setelah beberapa jam.

5. Hindari nipple cream berbahan alkohol

Walaupun alkohol baik untuk membunuh bakteria, ia tidak sesuai untuk merawat kulit, terutama pada puting yang sensitif.

Alkohol sebenarnya boleh mengeringkan kulit, menyebabkan lebih banyak retakan pada puting susu, dan bahkan boleh menyebabkan puting ibu sakit lebih banyak lagi. Untuk itu, elakkan krim puting atau krim puting yang terbuat dari alkohol.

Rajinkan membaca dan membuat penilaian sebelum membeli nipple cream. Lagi-lagi ianya melibatkan bayi ibu. Bayi memang sangat sensitif lebih baik ibu mencari dari bahan organik atau semulajadi. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates