5 JENIS MAKANAN YANG MAMPU MENINGKATKAN KESUBURAN PASANGAN
Setiap pasangan suami isteri pasti ada hasrat untuk meminang cahaya mata. Tidak kisahlah pada waktu yang dekat atau waktu yang panjang. Dan kehamilan ini ada yang mudah untuk mendapatnya dan ada yang susah untuk mendapatkanya.
Bagi yang dah lama berhasrat ingin cahaya mata namun masih tiada rezeki pasti akan mencuba untuk mendapatkan nya.Tidak kisahlah dari kaedah apa pun bukan. Diet juga salah satu kaedah yang penting namun sering diabaikan. Ianya tidak hanya berlaku untuk wanita sahaja malah tetapi juga lelaki.
Mengikuti diet yang sihat sangat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan. Jom ketahui nutrien yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan. Adakah anda makan makanan yang betul?
1. Lemak monotaktepu
Ada kajian yang dibuat dan didapati wanita yang makan makanan dari lemak monotepu yang sihat memiliki kesuburan yang lebih tinggi.
Sumber makanan yang baik dari lemak monotepu termasuk minyak zaitun extra virgin, avocado, dan kacang-kacangan.
Makanan yang mengandungi lemak monotepu mudah didapati di pasaran namun harganya agak mahal.
2. Makanan yang mengandungi kalsium
Walaupun begitu, produk susu yang diambil hendaklah tinggi lemak supaya dapat meningkatkan kesuburan. Ini kerana, mengikut kajian yang dijalankan, produk susu yang rendah lemak tidak mendatangkan kesan positif yang sama seperti produk susu tinggi lemak di dalam meningkatkan kesuburan.
3. Makanan kaya antioksidan
4. Asid lemak omega 3
Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian. Secara amnya, omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan mampu mencegah beberapa jenis kanser.
Omega-3 juga memiliki kesan yang sangat besar pada peningkatan kesuburan. Omega-3 dapat meningkatkan kualiti sperma atau sel telur terutama wanita yang ingin hamil.