09 November 2020



Setiap anak pasti mendapat perhatian ibu dan bapanya. Terutama anak kecil yang sangat memerlukan perhatian. Cara anak ingin dapat perhatian juga berbeza-beza. Kadang-kadang boleh membuatkan ibu cemas, takut, kelakar atau kadang ada rasa menyampah. 

Ada sesetengah anak yang suka mencari perhatian dengan merengek dan menangis. Ianya menyebabkan ibu susah nak faham mengapa anak menangis. Ada juga yang suka menganggu perbualan ibubapa untuk mendapatkan perhatian. 

Jom sama-sama kita mencari punca dan cara yang boleh ibu lakukan untuk menangani anak-anak yang inginkan perhatian. Sememangnya lumrah anak perlukan perhatian namun mereka juga perlu tahu bagaimana caranya dan waktu yang sesuai.

Ciri anak yang sukakan perhatian

Pernah tidak ibu mengalami situasi seperti si kecil menangis dan berguling di tengah jalan ketika berada di tempat yang sesak kerana merengek tentang sesuatu. Tindakan ini juga adalah tanda bahawa anak ibu sedang mencari perhatian.


Di samping itu, terdapat beberapa ciri lain yang menunjukkan anak ingin mendapatkan perhatian. 

  • Menipu dengan mengatakan mereka demam atau sakit.
  • Selalu membuat drama ketika dirumah atau di tempat awam.
  • Menggangu dan menimbulkan kekacauan kepada orang lain.
  • Merasa menjadi mangsa dengan memperbesar masalah dll

Perhatian yang membuatkan tingkah laku negatif ini tidak hanya mempengaruhi ibu bapa, tetapi juga persekitaran di sekitar mereka. Ibu perlu cepat mengambil tindakan sewajarnya agar ianya tidak menjadi kebiasaan buat anak. 

Punca anak yang inginkan perhatian

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan anak terdorong pada orang yang inginkan perhatian lebih. Walau bagaimanapun, tingkah laku ini berlaku disebabkan oleh masalah emosi pada anak.

Beberapa kemungkinan yang menyebabkan anak ibu suka mendapatkan perhatian, iaitu:

  • Mungkin anak mengalami kesukaran untuk berkawan dengan rakan sebaya mereka,
  • Tidak mendapat perhatian yang cukup di rumah sehingga anak merasa kesepian,
  • Terasa diabaikan kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan pekerjaan.

Ibu juga perlu siasat antara punca anak ibu inginkan lebih perhatian. Mungki ibu boleh bercakap dengan guru kelas atau membuat pemantauan anak bila disekolah. 

Cara mengatasi anak yang inginkan perhatian

Setelah mengetahui punca  dan kemungkinan yang menyebabkan anak selalu buat perangai. Ibu mesti tahu cara yang betul untuk mengatasinya.

Berikut adalah beberapa petua selamat dan selesa yang boleh digunakan untuk si kecil ibu yang suka mencari perhatian.

1. Berikan perhatian yang sihat

Seperti ibu anak juga inginkan perhatian. Jadi amat penting untuk ibu memberi mereka lebih perhatian. Memberi perhatian tidak bermaksud memenuhi tuntutan anak apa yang diminta oleh mereka. 

Memberi perhatian yang sihat seperti ibu terlibat dalam aktiviti anak ibu secara konsisten dan penuh kasih sayang setiap hari. Perhatian yang sihat seperti ini boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Contohnya, waktu bermain yang berkualiti, membaca bersama, mempunyai masa untuk makan bersama dan bercakap mengenai aktiviti individu, melakukan kerja rumah atau aktiviti sekolah dengan mereka, dan menjalani rutin tidur yang konsisten.

Mungkin, setiap hari akan terasa berbeza kerana aktiviti atau pekerjaan lain boleh membuatkan ibu lebih sibuk daripada biasa. Namun luangkan sedikit masa dengan anak. 

2. Buat peraturan supaya kanak-kanak mengetahui batasnya

Salah satu cara terbaik untuk menghentikan tingkah laku mencari perhatian adalah dengan membiarkan anak ibu mengetahui batas-batas tingkah laku apa yang perlu mereka hindari.

Ibu boleh melakukan ini dengan membuat carta peraturan. Jangan lupa untuk melibatkan anak ibu dalam membuat peraturan ini. Ajaklah mereka untuk berbincang dan memberi pemahaman dalam bahasa mudah yang senang difahami.

Contohnya, peraturan mengenai anak untuk tidak merengek, tidak menjerit, dan tidak melarikan diri ketika dipanggil. Di carta peraturan, ibu juga boleh menyenaraikan akibatnya, seperti duduk bersendirian selama 5 minit, tidur 10 minit lebih awal, atau kehilangan waktu menonton TV.

Walaupun peraturan telah dibuat, tidak di nafikan anak akan melanggarnya sekali-sekala. Mama hanya perlu bersabar ketika menghadapinya dan mengingatkan si kecil lagi dengan peraturan ini.

3. Ajar anak kecil anda mengenai perkara kecemasan

Dalam mengatasi kebiasaan mencari perhatian kanak-kanak, ibu perlu menjelaskan perbezaan antara keadaan darurat sebenar yang memerlukan perhatian segera, dan sesuatu yang anak ibu mahukan tetapi tidak mendesak.

Contohnya, jika air di singki meluap atau anak ibu baru sahaja memecahkan pinggan atau gelas di dapur. Kedua-duanya adalah keadaan darurat yang nyata, dan memerlukan perhatian segera oleh ibu bapa.

Namun, jika anak ingin menunjukkan video kepada ibu semasa bercakap di telefon, itu bukan keadaan darurat. Jadi, anak-anak harus memahami dan dapat menunggu perhatian ibu dalam hal itu.

Beri penjelasan seperti ini dengan perlahan dalam bahasa yang mudah difahami. Berbincang dengan anak bagi ibu dan anak saling memahami.



4. Tetap sabar dan hadapi dengan tenang

Waktu harian ibu mungkin memenatkan ditambah lagi dengan tangisan si kecil inginkan perhatian. Namun sebolehnya jangan di balas dengan kemarahan ibu.

Memang nak bersabar itu bukan perkara mudah. Jadi sebelum menenangkan anak cuba ibu menghirup dan menghembuskan nafas beberapa saat ketika menghadapi situasi seperti ini. Cuba bertenang dan ingat bahawa masalah yang dihadapi oleh orang dewasa tidak boleh dikongsi dengan anak-anak.

5. Ajar anak untuk berdikari

Ibu tidak semua perkara yang ibu perlu bertindak balas setiap kali anak meminta. Ini kerana ibu juga perlu mengajar anak tentang tidak semua keperluan perlu terus dipenuhi. Ianya akan mengajar anak banyak aspek penting terutama kali bersabar dalam melakukan sesuatu. 

Ibu bapa yang selalu memanjakan keinginan anak akan menjadi penyebab anak sering mencari perhatian hingga dewasa.

Memang memberi perhatian itu perkara penting terutama pada kanak yang sedang membesar. Namun harus di ingatkan tidak semua perkara ibu perlu perhatikan. Biar anak kecil itu mengetahui mana satu kelakuan baik dan betul.

Membesarkan anak ini bukan perkara mudah namun tidak salah untuk belajar. Betulkan ibu? 








ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates