PERKARA YANG IBU BOLEH LAKUKAN BILA ANAK MENGALAMI RUAM LAMPIN
Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara 9 hingga 12 bulan. Ada satu masa bila ibu ingin menyalin lampin anak dan ibu akan nampak bahagian depan atau punggung mereka naik radang merah. Ianya akan berlaku jika ibu mengunakan lampin pakai buang atau lampin boleh basuh.
Ruam lampin yang normal sepatutnya pulih selepas tiga atau empat hari diawat di rumah. Jika ruam itu tidak pulih selepas tiga atau empat hari, atau menjadi lebih teruk segera bawa berjumpa doktor.
Namun ibu jangan sesekali membiarkan jika anak terkena ruam lampin kerana ruam itu boleh menganggu mood anak ibu. Anak akan meragam setiap masa itu akan memenatkan ibu. Untuk mengatasi ruam lampin ibu boleh cuba tips ini:
1. Sentiasa periksa dan tukar lampin lebih kerap
Kulit si kecil sememangnya sangat sensitif. Untuk mengelakkan anak mengalami masalah ruam lampin adalah menjaga kebersihan kawasan kulit anak. Pastikan ibu sentiasa memeriksa lampin anak. Sekiranya anak minum banyak sebelum tidur, ada eloknya ibu memeriksa lampinnya pada tengah malam, sama ada sudah penuh atau tidak.
Seeloknya tukar lampin anak secepat yang mungkin bila lampin itu penuh, berat, atau kelihatan kotor. Tidak perlu menunggu anak ibu memberi isyarat atau menangis.
2.Pilih pakaian diperbuat dari kapas dan serap peluh
Pemilihan pakaian bayi dari kapas juga bagus untuk mengurangkan peluh anak ibu. Bila anak kurang berpeluh ketidakselesaan itu kurang. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan sempit ini menyebabkan bayi akan lagi mudah dan banyak berpeluh. Ianya akan mengakibatkan kawasan bawah anak akan lembab dan kerengsaan akan bertambah baik.
3. Pemilihan lampin
Pemilihan lampin juga memainkan peranan penting ibu. Setiap kulit bayi ini tak sama ibu. Jika anak sulung ibu boleh pakai lampin jenama X belum tentu adiknya pun boleh pakai jenama yang sama.Antara tips yang boleh ibu ikut cari lampun yang memberi peredaran yang baik agar si manja bebas dari ruam lampin.
4. Jangan gosok di kawasan ruam hanya dap dap
Bila anak terkena ruam lampin, kulit mereka akan menjadi lebih sensitif. Jadi bila ingin merawatnya perlu berhati-hati. Jangan sesekali mengosok dibahagian ruang lampin itu. Cukup sekadar dap dap kan kawasan itu dengan perlahan dan sehingga ianya kering dengan sendiri.
5. Elakkan mengunakan tisu basah hanya basuh mengunakan air bersih
Pernah tak ibu tahu selama ini mengunakan tisu basah boleh menyebabkan ruam pada kulit anak ibu bertambah teruk? Sabun dari tisu basah itu boleh menyebabkan kulit bayi mengalami ruam. Jadi elakkan mengunakan tisu basah semasa membasuh kemaluan anak. Sebaiknya guna air bersih untuk membersihkan kulit anak ibu.
Semoga tips di atas memberi manfaat kepada ibu.
Helping with Your First Few Steps