30 November 2020



Ibu mungkin akan panik atau risau bila bayi kerap membuang air besar bukan? Jangan terlalu panik ibu kekerapan membuang air besar pada bayi berbeza-beza bergantung pafa usia dan tahap perkembangan anak. Kekerapan membuang air besar akan menurun bila usia anak bertambah. 

Ini disebabkan oleh beberapa faktor, salah satunya adalah bahawa usus bayi berkembang sepenuhnya sehingga dapat menyerap nutrien atau susu ibu dengan lebih baik.

Kekerapan bayi membuang air besar sekurang-kurangnya empat kali sehari dalam beberapa hari kelahiran. Ada juga bayi yang akan membuang tiap kali lepas menyusu. Banyakkan ibu namun selalunya di awal kelahiran saja. 

Dalam sehari kadang-kadang bayi boleh membuang air besar sebanyak 12 kali. Jadi ibu tidak perlu risau jika anak sering membuang air besar di awal usia. Kekerapan itu mungkin akan berlaku dalam 3-5 hari atau seminggu sejak kelahiran.

Bila bayi masuk 3 bulan, mereka akan menbuang najis sebanyak 1-8 kali sehari bergantung dengan keadaan sistem pencernaan bayi. Untuk bayi yang menyusu badan adalah normal jika mereka tidak membuang air besar selama 7-10 hari. Iya ibu ianya perkara biasa namun terbalik untuk anak yang minum susu formula. Jika anak minum susu formula mereka seharusnya membuang air besar sekurangnya sekali sehari.

Sekiranya anak yang minum susu formula tidak membuang air besar lebih 3 hari disarankan untuk membawa berjumpa dengan doktor. Doktor mungkin akan menasihatkan ibu menukar susu formula. Tidak semua anak yang boleh terima dengan susu yang sama. 

Apabila bayi berusia empat bulan dan belum makan makanan pejal, dia akan membuang air besar kira-kira dua kali sehari. Kekerapan membuang anak akan menurun seiring bertambahnya usia. Namun, jika si kecil ibu menbuang tiga kali sehari itu masih normal.

Setelah bayi mula diperkenalkan makanan pejal, ibu akan menghadapi perbezaan dari segi kekerapan dan konsistensi najis bayi. Pada usia ini bayi mungkin membuang air besar lebih jarang tetapi waktu membuang menjadi lebih teratur dari hari ke hari. Namun harus ibu ingat, jika bayi ibu sering mengalami sembelit, cirit-birit, atau tidak membuang lebih dari seminggu, segera bawa berjumpa dengan doktor.









ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates