CARA MENCEGAH RUAM PADA LEHER BAYI
Gejala khas ruam leher pada bayi adalah munculnya bintik-bintik merah yang boleh menyebabkan rasa gatal dan sakit. Sesetengah bayi juga mungkin demam. Ada beberapa kes, bayi mungkin mengalami kehilangan selera makan. Bayi akan merangam dan mudah marah.
Jadi untuk menghindari gejala ruam di leher bayi ibu perlu sentiasa:
1. Membersihkan kulit
Keringkan kulit bayi selepas mencuci, dengan tuala kapas lembut. Hanya "dab dab" kan sahaja dari pada menggosok kawasan tersebut. Pastikan kawasan leher betul-betul kering dan tidak lembap. Selepas pembersihan, ibu boleh menggunakan pelembap kulit untuk mengurangkan panas disekitar leher bayi.
2. Menggunakan krim anti-kulat
Sekiranya bayi mengalami ruam leher kerana jangkitan kulat, doktor boleh menetapkan krim anti-kulat untuk merawat ruam leher. Menggunakan krim hidrokortison 1 peratus juga terbukti bermanfaat. Walau bagaimanapun, penggunaan hidrokortison yang berpanjangan tidak digalakkan. Pastikan ibu berjumpa dengan pakar pediatrik ibu terlebih dahulu mengenai penggunaan krim.
3. Elakkan mengunakan pakaian yang tebal
Seeloknya gunakan pakaian yang diperbuat dari pada kapas tulen. Cirinya sangat bagus untuk bayi,lembut dan menyerap peluh.
4. Cold pack
Meletakkan tuala sejuk atau cold pack pada ruam leher dapat mengurangkan rasa gatal dan sakit. Ia juga dapat menenangkan kulit dengan mengurangkan keradangan. Cold pack boleh digunakan beberapa kali sehari. Jangan lupa keringkan lepas ibu menekap dengan tuala sejuk.
5. Minyak kelapa
Minyak kelapa mempunyai sifat anti-mikroba, sangat baik untuk merawat ruam leher pada bayi. Sapukan minyak kelapa pada ruam leher dapat membantu mengurangkan keradangan dan gatal-gatal.
Pada awalnya ibu boleh merawat sendiri jika bayi terkena ruam. Namun ada beberapa hal yang ibu perlu segera berjumpa doktor jika:
- Bila ruam leher tidak menunjukkan tanda-tanda bertambah baik atau hilang.
- Bila ruam nampaknya merebak ke bahagian badan yang lain.
- Bila bayi demam semasa ruam leher muncul
- Bila ruam leher menjadi bernanah.
Helping with Your First Few Steps