13 November 2020


Ibu dapat terima tidak jika anak buat perangai yang tidak elok. Sudah tentu ibu merasa sedih bukan. Namun ibu perlu tahu guru pertama anak adalah ibu bapa. Jadi setiap sikap, pandangan, matlamat dan perspektif anak akan bergantung dengan apa yang mereka pelajari daripada ibu bapa mereka. 

Tingkah laku seorang anak juga merupakan gambaran bagaimana mereka dilayan oleh ibu bapa mereka.

Apa yang dipelajari atau dialami oleh anak diawal usia hidup mereka akan meninggalkan kesan yang kekal pada anak. Ibu jangan lupa anak ini seperti span yang menyerap air.Waktu membesar adalah waktu menyerap disekeliling mereka. 

Setiap kali anak melakukan kesalahan atau menunjukkan tingkah laku buruk, apakah tindakan ibu? Tindakan ibu amat berperanan penting bagi membentuk sifat anak.

Jadi soalan parenting bukan perkara mudah. Jika buruk didikan diberikan maka ianya akan merugikan anak  kelak. Ibu bapa juga perlu elakkan parenting seperti berikut:

1. Mengabaikan anak

Mengabaikan anak secara fizikal atau emosi boleh mempengaruhi dengan cara yang sangat negatif. Mengabaikan adalah jenis penderaan anak yang selalu terjadi, dan boleh membahayakan penderaan fizikal.

Mengabaikan keperluan anak-anak, membiarkan mereka tidak diawasi atau berada dalam situasi berbahaya, atau membuat anak merasa tidak berharga boleh menyebabkan harga diri rendah dan mengasingkan diri.

Mengabaikan juga boleh mempengaruhi kesihatan mental atau perkembangan sosial kanak-kanak, malah boleh menyebabkan parut psikologi sepanjang hayat.

Sekiranya ini tidak mahu berlaku pada anak ibu, ibu perlu memberi perhatian kepada anak  dan mengutamakan kebajikan mereka.

Luangkan masa untuk bercakap dengan anak dan jangan malu untuk mengucapkan 'ibu sayang kamu', ianya nampak biasa namun kesannya sangat hebat.

2. Penganiayaan fizikal atau lisan

Mendedahkan anak kepada penderaan fizikal atau penderaan lisan boleh memudaratkan kesejahteraan mereka. Ramai ibu bapa mengeluarkan kekecewaan mereka terhadap anak-anak mereka tanpa menyedari apa jenis kerosakan psikologi yang mereka alami.

Sebagai ibu bapa, elakkan menggunakan tamparan atau penghinaan sebagai bentuk hukuman. 

3. Memberi contoh yang buruk

Perbuatan yang buruk memang mudah untuk anak meniru. Seperti ibu bapa menjerit atau menggunakan kata-kata kasar di hadapan anak, adalah wajar bagi anak untuk menirunya. Sebolehnya bila ibu bapa yang dalam keadaan emosi jangan melayan anak kerana takut akan dilepaskan kepada anak.

4. Bersikap tidak adil

Ini sememangnya isu yang tidak patut timbul dalam keluarga. Ia akan menyebabkan anak merasa diri mereka tidak diperlukan dan  boleh menyebabkan anak kemurungan. 

Sebagai seorang ibu perlu memberi layanan sama rata tidak kisahlah sama ada anak perempuan ataupun anak lelaki. Mungkin tumbesaran dan kepandaian mereka tidak sama namun itu bukan penyebab ibu ingin membandingkan atau memberi layanan teruk pada anak. 

5. Memaksa melakukan tidak sesuai dengan usia dan kehendak anak

Sebagai seorang ibu memang kita nak yang terbaik buat anak kita. Namun kadang-kadang sampai ibu bapa memaksa tanpa mengira minat, tahap kecerdasan ataupun kemahuan anak.

Seorang anak memang memerlukan dorongan dan motivasi, tetapi memaksa mereka menjadi sesuatu yang bertentangan dengan sifat mereka sendiri dapat mempengaruhi mereka secara negatif.

Biarkan anak meneroka minat mereka sendiri dan cuba untuk tidak memaksa mereka melakukan perkara yang tidak masuk akal.

6. Tidak bertanggungjawab menguruskan kewangan

Ibu perlu mengajar anak nilai wang supaya mereka tahu duit itu ada nilainya. Ibu bapa juga seharusnya mengajar anak menabung dari kecil kerana ianya akan mengajar anak berjimat cermat. 

Jika anak meminta sesuatu ibu seeloknya ibu jangan terus menunaikannya. Sebaliknya minta anak menabung sepenuhnya atau hanya separuh nilai barang. Jangan ajar anak dengan mudah untuk mendapatkan duit. 

7. Terlalu memanjakan anak

Jangan spoilerkan anak-anak ibu. Ramai ibu bapa yang terlalu overprotecter anak mereka dan kadang-kadang sampai mengangu aktiviti anak. 

Biarkan anak ibu belajar menyelesaikan masalah dengan sendiri. Ibu jangan masuk campur terlalu awal. Ibu hanya perlu melihat bagaimana mereka menyelesaikan masalah itu. 

Anak pun perlu lalui kegagalan dan rasa kecewa itu ibu. Sekiranya anak tidak berjaya, beritahu mereka bahawa mereka dapat belajar dari setiap pengalaman tanpa mengira hasilnya.

8. Tidak mempercayai anak

Ramai ibu bapa lebih mempercayai orang lain daripada anak mereka sendiri. Kadang kala, ibu bapa tidak memberi ruang untuk anak memberi penjelasan sebelum anak memberi pendapat.

Ibu bapa yang tidak mempercayai anak mereka selalunya akan menghalau dengan kata-kata dan tindakan mereka. Tingkah laku ini akan menyebabkan anak memberontak dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. 

Ibu perlu tunjukan rasa percaya pada anak. Bila ibu mempercayai anak ianya membantu anak bertindak dengan tahap integriti dan kejujuran yang lebih tinggi ketika berinteraksi dengan ibu pada atau orang lain. 

Sememangnya bukan mudah untuk menjadi ibu bapa contoh, namun tidak salah ibu bapa mencuba sebelum mengatakan tidak bukan. Ianya bukan untuk orang lain tetapi anak ibu sendiri. Jadikan mereka insan yang cemerlang dan terbilang. 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates