7 TANDA ANAK KEKURANGAN ZAT BESI
Bila anak ibu masuk umur 6 bulan, badan mereka perlu mencari sendiri zat besi untuk bekalan badan mereka. Disebabkan itu bila bayi masuk 6 bulan perlu memberi makanan pejal pada anak ibu. Anak memerlukan zat besi daripada pemakanan mereka untuk menyokong pertumbuhannya. Zat besi adalah salah satu gizi yang cukup penting.
Zat besi diperlukan oleh anak untuk proses pertumbuhan yang sihat yang diperlukan terutama kitaka bayi dan remaja. Zat besi juga perlu untuk mengangkut oksigen dalam tubuh.
Kekurangan zat besi dalam tubuh dapat menjejaskan kemampuan serta fungsi tubuh anak. Jadi ibu perlu mengenal pasti beberapa gejala dan tanda kurang zat besi pada anak yang boleh dikesan antaranya termasuklah:
1. CEPAT LETIH
Ibu boleh perasan anak kelihatan kurang aktif, tidak lincah dan cepat letih berbanding biasa. Ibu tahu bila tidak dikesan dari awal, keletihan berpanjangan ini mungkin boleh mengganggu pernafasan lalu anak mungkin berasa lemas, sesak nafas, manakala degupan jantung juga akan menjadi cepat.
2. KUAT MERAGAM
3. SUKAR MENUMPUKAN PERHATIAN
4. PUCAT
Dari segi fizikal, kanak-kanak yang kekurangan zat besi mempunyai kulit yang kelihatan pucat. Dalam sesetengah kes, mata putih juga boleh kelihatan kebiruan.
5. MENGIDAM BENDA PELIK
Keinginan untuk makan benda pelik seperti plastik, rambut, ais atau benda yang ‘bukan makanan’ dalam tempoh sebulan atau lebih.
6. KUKU RAPUH
Kurang zat besi pada anak turut membuatkan kuku menjadi rapuh dan senang patah.
7. LEWAT PERKEMBANGAN
Menurut kajian, anak-anak yang mengalami kekurangan zat besi mempunyai kemahiran motorik yang lemah berbanding normal. Selain gangguan pertumbuhan fizikal dan perkembangan, tingkah laku anak yang bermasalah turut dikaitkan dengan masalah ini.
BAGAIMANA ANAK BOLEH KEKURANGAN ZAT BESI?
Menurut Portal MyHealth, bayi dan kanak–kanak yang berisiko tinggi kekurangan zat besi ialah di kalangan kumpulan yang berikut :
- Bayi yang dilahirkan pramatang (awal 3 minggu dari tarikh dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang berat badan (<2.5kg)
- Bayi yang minum susu lembu sebelum berumur 1 tahun
- Bayi yang menyusu badan dan tidak diberi makanan yang kaya dengan zat besi apabila mencapai umur 6 bulan
- Bayi yang minum susu formula yang tidak diperkaya dengan zat besi
- Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang minum susu formula, susu lembu, susu kambing atau susu soya lebih dari 24 auns (710 milliliter) sehari
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan kronik ataupun rejim pemakanan yang ketat.
- Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang terdedah kepada plumbum
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacingan
- Remaja perempuan juga berisiko tinggi untuk mendapat anemia kekurangan zat besi kerana mereka kehilangan zat besi semasa haid.
Jadi sentiasa cakna perubahan anak. Jika perlu minta nasihat doktor yang berdaftar.