04 November 2020



Sememangnya banyak faktor menyebabkan anak mudah sakit. Bermula dari cuaca, orang di sekitar, hingga ke persekitaran. Bila anak sakit ianya akan membuatkan ibu risau. 

Lagi kalau ibu yang letak anak di tadika atau tempat transit. Risiko untuk berjangkit itu lebih tinggi kerana anak-anak ini bermain bersama. Dan banyak perkaralain juga membuatkan anak itu mudah jatuh sakit. 

Jadi itu menjauhkan anak dari jatuh sakit ibu perlu lakukan beberapa tips untuk meningkatkan imun badan anak-anak dan mengajar anak untuk menjaga kebersihan diri sentiasa.

1. Anak rehat dengan cukup

Mendapat rehat yang cukup sangat penting untuk tubuh badan anak-anak. Rehat yang cukup memberi kesan yang paling besar. Sememangnya tidak mudah untuk tidurkan anak, namun sebagai ibu perlu pastikan anak tidur dengan cukup tidak kira di waktu pagi atau malam. Seeloknya jadikan rutin buat anak. 

Rehat atau tidur yang mencukupi dapat memastikan mekanisme badan berjalan dengan baik. Sekiranya anak tidak cukup rehat, maka sistem imun anak tidak berapa kuat. 

Oleh itu, ibu jangan terkejut anak mudah sakit bila mereka tidak cukup tidur atau rehat. 

2. Berolahraga

Aktiviti fizikal menjadikan peredaran darah lebih lancar. Paru-paru dan jantung juga akan bekerja untuk lebih aktif. Peluh keluar menyingkirkan bahan-bahan kotor dari badan. Udara segar yang disedut adalah pengambilan sihat untuk paru-paru.

Begitu banyak perkara baik dari sukan, terutamanya jika anda melakukannya di luar atau di kawasan hijau. Sukan ini pelbagai seperi bermain bola sepak, berlari, atau menunggang basikal. Seronok dan sihat.

Jangan biarkan anak sentiasa dengan gadjet sahajja ibu, ianya akan memudaratkan anak kelak.

3. Ajar anak untuk menjaga kebersihan

Ini juga antara perkara penting yang perlu ibu dan anak jaga. Jadi didiklah anak untuk jaga kebersihan diri mereka. Paling asas cuci tangan jika hendak makan. Tangan adalah anggota yang kerap menyentuh benda lain. Jadi ajar anak untuk rajin basuh tangan. 

Langkah ini nampak biasa dan senang namun jika tidak jaga memudahkan kuman untuk masuk ke badan anak.



4. Jauhi anak dari asap rokok

Pernah tak ibu mendengar second hand smoke. Ia juga mempunyai kesan sampingan yang buruk. Asap yang melekat di badan dan pakaian boleh membuat anak batuk.

Sekiranya terlalu kerap boleh menyerang paru-paru. Ia akan membuatkan anak lebih mudah terkena pelbagai penyakit dari ringan hingga teruk.



5. Beri makanan yang tinggi imuniti

Vitamin penambah imun dan makanan kesihatan anak sudah banyak di pasaran ibu hanya perlu memilih yang mana untuk digunakan. Namun tidak salah jika ibu meningkatkan daya tahan anak dengan makanan. Ianya yakin lebih selamat. 

Beberapa vitamin yang diperlukan tubuh untuk meningkatkan daya tahan  adalah vitamin A, C, E, D, Zinc, dan Omega-3. Semuanya dapat diperoleh dengan memakan sayur-sayuran seperti bayam dan lobak merah.  Dan makanan seperti kecangan, buah-buahan dan protein seperti daging lembu dan ikan laut.

6. Jangan sarapan lambat 

Ibu jangan biarkan anak sarapan lambat kerana sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan tubuh. Setelah beberapa jam sepanjang malam tidak makan dan minum, maka pagi adalah waktu terbaik untuk menyediakan makanan dan minuman yang sihat kepada tubuh agar tubuh dapat bekerja dengan optimum.

Ibu perlu tahu jika anak lambat sarapan pagi mudah terkena selesema, gangguan perut dan lain-lain. Oleh itu, cubalah menyediakan makanan berkhasiat untuk anak kecil ibu semasa sarapan.

Jadi ibu boleh ikut tips di atas untuk meningkatkan imuni badan anak untuk mengelakkan anak sakit. 




ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates