18 November 2020



Pernahkah ibu tahu ada beberapa tindakan ibu bapa yang melangar batas privasi akan memberi kesan buruk pada anak. Walaupun mereka masih kecil ibu perlu menjaga batas privasi mereka.

Seperti kita orang dewasa pun ada hak privasi inikan pula anak kecil. Hak privasi anak kecil mungkin sedikit berbeza dari orang besar namun boleh saja ibu mengambil pendekatan untuk memahami dan sentiasa meminta izin dalam masuk campur hak privasi anak.

Berikut adalah beberapa tindakan yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja akan melanggar batas kanak-kanak: 

1. Mencium anak

Mencium anak sememangnya perkara yang ibu suka lakukan. Ini kerana sebagai seorang ibu ingin menunjukan rasa kasih dan rasa dihargai kepada anak. Namun waktu mencium itu juga ibu perlu ambil tahu. 

Sekiranya ibu dan anak di kawasan orang ramai, seeloknya minta izin dengan anak sebelum mencium. Kerana ini adalah hak privasi yang ibu perlu terapkan. Mungkin anak akan merasa malu bila ibu tiba-tiba mencium anak di khalayak ramai. Jangan remehkan perasaan anak itu ibu tetapi lebih kepada memahami.

2. Memaksa memberikan pelukan

Sama dengan mencium anak di khalayak ramai, dengan memaksa anak untuk memberikan kasih sayang secara fisik,ibu telah merampas pilihan mereka untuk menolak sentuhan. Dalam jangka masa panjang anak akan rasa dia tidak mampu mengendalikan tubuh badan mereka bila perlu berbuat sebegitu. 

Hormatlah keputusan anak, tidak perlu rasa tidak disayangi oleh anak. Anak pun ada waktu mereka tidak mahu lakukan. 

3. Memukul dan melakukan keganasan fizikal 

Ada sesetengah ibu akan merotan anak untuk mengajar anak bila mereka membuat salah. Bagi ibu bapa ianya untuk mengajar anak sekiranya mereka melakukan kesilapan mereka akan dirotan. 

Sememangnya tidak salah untuk mengajar anak namun jangan melebihi batas yang sepatutnya. Mungkin itu memang kesilapan anak namun hadapi dengan emosi yang stabil agar ibu tidak terlalu emosi dalam mengendalikan kemarahan. 

4. Memaksa anak melakukan sesuatu yang mereka tidak suka


Sebagai orang dewasa ibu juga akan merasa tidak senang bila dipaksa melalukan perkara yang tidak kita suka bukan, begitu juga pada anak. jangan sesekali mengabaikan perasaan anak bila mereka mengatakan tidak. 

Sudah tentu ada masa ibu perlu menolak keputusan anak seperti anak tidak mahu ke sekolah. Sebagai seorang ibubapa memang ada kuasa untuk mengawal keputusan anak. Tetapi ibu bapa juga perlu menjadi anak individu yang bebas, dapat bercakap sendiri pada masa akan datang.

5. Meremehkan perasaan anak

Ada masa ibu perlu memberi ruang pada anak bila anak mengalami perasaan seperti sedih atau menangis.  Mungkin bagi ibu ianya hal remeh untuk menangis beria namun jangan sesekali meremehkan perasaan anak. 

6. Pecah rahsia anak pada orang lain

Ibu sendiri pasti tidak suka bila ada orang membocorkan rahsia ibu bukan. Jadi kenapa perlu ibu membocorkan rahsia anak kepada orang lain. Sebilangan ibubapa suka membocorkan rahsia anak mereka pada orang lain kerana mengangapnya hal biasa saja. 

Hormatlah hak privasi anak ibu, takut bila ibu selalu membocorkan rahsia anak mereka akan hilang rasa kepercayaan terhadap ibu. Anak akan ambil pendekatan untuk tidak memberitahu apa-apa kepada ibu bapa. Ianya akan menjadi lebih bahaya. Jadi simpan la apa yang mereka minta untuk disimpan.

Jika rahsia itu perlu dibincangkan dengan suami ibu ,berbincanglah secara tertutup jangan di hadapan anak dan ayah perlu buat seperti tidak tahu menahu. 

Tidak salah untuk ibu menghormati privasi anak selagi masih menjaga batas. Ambil pendekatan yang lebih dekat dengan anak dari pada melanggar hak privasi anak. Tidak kisah anak itu masih kecil atau sudah besar perlu ada batas dalam hak privasi mereka. 






ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates