06 November 2020




Anak yang tidak makan sayur akan membuatkan ibu bimbang dan terfikir bagaimana untuk anak dapat khasiat dari sayur sayuran.Ianya akan menjadi dilema buat ibu. 

Apabila anak yang menolak makan sayur sepatutnya ibu jangan memaksa atau memarahi mereka. Ini membuatkan anak kecil lagi menjauhi sayur. Bila ibu memaksa  anak juga akan menganggap bahawa sayur-sayuran adalah makanan yang sangat buruk.

Perkara-perkara ini sebenarnya menyukarkan lagi anak ingin makan sayur-sayuran.

Jadi, bagaimana ibu harus lakukan? Jom kami akan kongsikan beberapa tips yang boleh ibu lakukan. 

1. Hidangkan sayur sejak anak kecil

Ibu seharusnya mengenalkan sayur dari sejak mereka mula makan makanan pejal.Makanan yang perlu ibu beri dahulu adalah puri sayur-sayuran diikuti dengan buah-buahan. Jika di awal-awal ibu sudah memberi buah anak anak tolak sayur kerana rasanya tidak semanis buah. 

Selalu hidangkan sayur-sayuran pada anak untuk makan tengahari dan malam sehingga mereka meningkat usia. 

Untuk mengelakkan anak bosan, ibu boleh sajikan pelbagai sayur dalam makanan anak setiap hari. Jangan berikan sayur yang sama, lagi-lagi jika anak menghadapi masalah untuk makan sayur.

2. Buatkan resepi sayur menjadi enak

Biasanya anak sukar makan sayur kerana rasanya kurang enak daripada makanan lain, jadi mereka tidak menyukainya.

Sebagai ornag dewasa juga pasti tidak suka makan sayur tanpa rasa. Oleh itu, mulakan membuat variasi makanan yang dibuat dari sayur-sayuran dengan rasa yang enak dan disukai oleh anak. 

Contohnya, sup ayam dengan banyak sayur-sayuran berwarna dan sayur lemak mungkin membuatkan anak bertambah makan.


3. Hidangkan sayur yang disukai anak

Perkara yang mengembirakan ibu adalah bila anak suka makan semua jenis sayur-sayuran kan? Namun hal ini susah nak berlaku kerana orang dewasa pun tidak mana semua makan jenis sayuran. 

Seperti anak juga mereka tentu akan ada sayur kegemaran mereka. Jadi ibu boleh selalu memberi sayur yang mereka suka daripada tiada khasiat sayur langsung betul. 

4. Biarkan mereka memilih menu sayur yang diinginkan

Tidak semua perkara ibu boleh buat keputusan sendiri, tanya anak sayur apa yang ingin dimakannya.

Ibu juga boleh mengajak anak-anak membeli sayur-sayuran bersama-sama agar masa makan mereka menjadi lebih menyeronokkan.

Elakkan juga menilai pilihan hanya kerana ibu bosan memasak menu yang sama, atau memaksa anak-anak memilih menu lain.

5. Jangan memaksa

Selalunya  anak sukar makan sayur-sayuran bukan kerana mereka tidak menyukainya, tetapi kerana mereka sangat memilih makanan.

Jangan sekali-kali memaksanya makan sayur-sayuran, dan meyakinkannya bahawa tidak akan ada hukuman atau perkara buruk jika dia tidak makan sayur sesekali.

Memaksa seorang anak makan sayur-sayuran, akan menjadikannya lebih membenci makanan yang sihat.Ibu pasti tidak mahu perkara ini terjadi bukan?

6. Jom masak bersama anak

Apa kata ibu ajak anak masak bersama. Semasa memasak, kenalkan anak ibu tentang faedah sayur-sayuran yang dimasaknya.

Mungkin anak itu benar-benar akan membuat kekacauan di dapur, tetapi ini adalah kaedah terbaik untuk mewujudkan suasana positif dengan anak itu.

Di samping itu, anak-anak juga akan lebih terdorong untuk memakan sayur-sayuran yang mereka masak sendiri.

Selain memperkenalkan kepada anak-anak tentang faedah dan rasa sayur-sayuran, memasak bersama juga akan mengeratkan hubungan ibu dengan anak-anak.

Jadi ini antara cara ibu boleh lakukan untuk anak makan sayur-sayuran. Mungkin ianya akan mengambil masa agak lama namun jangan pernah putus asa ibu. 



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates