23 November 2020

Semasa perkembangannya, bayi amat memerlukan pengambilan nutrien yang seimbang. Salah satu asid lemak penting untuk bayi omega 3.

Asid lemak omega-3 terbaik terdapat dalam ikan berlemak, seperti salmon dan makarel. Ada mengesyorkan agar anak mengambil hidangan ini sekurang-kurangnya dua hidangan ikan setiap minggu agar keperluan mereka untuk asid lemak omega 3 dipenuhi dengan betul.

Omega 3 berguna untuk meningkatkan kecerdasan anak, mencegah pelbagai penyakit, menguatkan ingatan dan mengelakkan risiko kegemukan.

Walau bagaimanapun, sebilangan bayi dan anak mempunyai alahan ikan. Namun keperluan omega perlu dipenuhi.

Jom kami kongsi mengenai makanan yang mengandungi omega 3 untuk anak yang alergik ikan: 

1. Rumpai laut

Rumpai laut, spirulina dan segala jenis alga merupakan sumber penting omega 3 bagi orang yang mengidap alergik ikan ataupun vegetarian. Makanan ini mengandung DHA dan EPA, sekaligus kaya akan protein. Selain itu kandungannya anti diabetes serta anti oksidan.



2. Chia seed

Biji chia adalah biji yang kaya dengan lemak omega 3. Walaupun sangat kecil, biji chia adalah salah satu makanan tambahan yang diakui oleh pakar kesihatan. Sekarang chia seed mudah untuk didapati di pasaraya seperti jaya grocer.

 


3. Edamame

Siapa yang tidak kenal kacang soya Jepun ini? Setengah cawan kacang soya hijau gurih mengandungi 0.28 gram ALA. Pengambilan edamame secara berkala untuk bayi dan anak bukan hanya dapat memenuhi keperluan asid lemak omega 3, tetapi juga sumber protein sayuran yang baik.



4. Kacang merah

Kacang merah antara sumber asid lemak omega 3 yang sangat senang dijumpai di sekitar kita. Setengah cawan kacang merah rebus mengandungi 0.10 gram ALA. Kacang merah juga mudah diproses menjadi pelbagai makanan ringan dan makanan yang enak untuk anak.



5. Kacang walnut

Satu lagi kacang yang mengandungi asid lemak omega 3 adalah kacang walnut. Walnut mengandungi 3.346 gram ALA setiap cawan. Selain itu, kacang walnut mengandungi lemak sihat yang selamat untuk dimakan oleh kanak dalam kadar yang banyak.

Campurkan walnut ke dalam smoothie yang diproses atau oat untuk sarapan pagi anak ibu atau makanan ringan di sekolah. Tentu anak menyukainya.




Terdapat lima sumber makanan yang mengandungi omega 3 untuk anak yang bukan daripada ikan boleh dijadikan alternatif untuk memenuhi keperluan harian omega 3 untuk bayi dan anak-anak. Pastikan ibu berunding dengan pakar pediatrik sebelum memberikan makanan ini untuk mengelakkan alahan dan memastikan sukatan yang betul.













ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates