02 November 2020


Pernah terjadi pada ibu tak, anak menangis menjerit tanpa sebarang sebab pada waktu malam? Lagi-lagi ibu yang pertama kali menjadi ibu ini mungkin saat yang amat mencemaskan bukan. Sabar ibu jangan takut atau terkejut. Tetap tenang dan cuba redakan tangisan bayi dengan baik.

Walaupun anak kecil masih bayi namum mereka juga beremosi. Jika ibu teliti betul-betul sebenarnya ianya tercetus oleh beberapa faktor.  Tidur malam yang berkualiti amat penting untuk tumbesaran bayi. 

Jom kenali punca anak menangis dengan tiba-tiba waktu sedang nyenyak tidur. 

1. Night Terror

Kengerian malam termasuk ganguan tidur yang dialami oleh anak ibu. Anak yang mengalami kengerian malam ini akan menangis dengan tiba-tiba, berteriak dengan kuat dan marah hingga menangis tanpa membuka mata. 

Kengerian malam boleh berlaku pada si kecil disebabkan oleh tidur yang tidak memenuhi syarat. Menonton televisyen salah satu punca dan  menonton terlalu lama boleh mencetuskan imaginasi, setiap kali anak memerlukan sesuatu dan anak mengalami tekanan tanpa menyedarinya.

Untuk mengelakkan night terror pada waktu malam, elakan anak ibu dalam keadaan letih kerana terlalu banyak aktiviti pada waktu siang. Elakkan menonton televisyen terlalu lama dan gunakan aromaterapi untuk membantunya merasa selesa, sehingga membantu tidur lebih lena.

2. Mimpi ngeri menyebabkan kanak-kanak menangis secara kuat

Semua orang pasti mengalami mimpi buruk, namun hnaya jarang anak kecil mengalami mimpi buruk. Mimpi buruk dan night terror perkara yang berbeza ya ibu.

Semasa mimpi buruk, kanak-kanak biasanya terbangun dari mimpi kerana takut. Mimpi buruk yang berlaku pada anak menyebabkan kegelisahan pada diri mereka sendiri dan boleh mencetuskan trauma, terutama jika mereka melihat atau mendengar sesuatu yang menakutkan semasa mimpi.

Bila anak ibu mengalami mimpi buruk mereka sering dapat mengingat dan menceritakan dengan terperinci mengenai peristiwa yang berlaku dalam mimpinya. 

3. Mengalami keletihan kerana melakukan terlalu banyak aktiviti


Ibu perlu tahu bila si kecil bermain terlalu aktif pada waktu siang dapat membuatnya mudah letih. Keadaan ini sering menyebabkan dia tidak selesa ketika terpaksa berehat.

Bila anak dalam keadaan letih mereka akan jadi susah nak tidur. Mereka lebih mudah marah dan menangis. Mungkin juga disebabkan badan mereka sakit kerana terlalu banyak bermain. 
Untuk mengatasi masalah ini, ibu boleh memberikan urutan ringan sehingga ibu dapat menghilangkan rasa sakit.

4. Sakit di salah satu bahagian badan

Penyebab lain yang menyebabkan seorang anak menangis secara histeria tanpa sebab adalah ketika dia merasa sakit di satu bahagian badan. Tangisan histeria yang tiba-tiba, akibat kesakitan mengganggu tidurnya.

Sekiranya si kecil ibu menangis secara histeria pada waktu malam, ada baiknya ibu berusaha menenangkannya dengan memeluknya. Gosokkan bahagian badannya yang sakit supaya lebih tenang dan boleh tidur semula.

Sebagai ibu bapa, sememangnya harus bersabar jika tidur ibu terganggu oleh tangisan anak kecil.

5. Persekitaran 

Anak-anak cukup peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Contoh suhu bilik yang panas, tersumbat dan tidak selesa boleh membuatkan si kecil ibu menangis pada waktu malam. Jadi lebih baik jika ibu memastikan bilik atau tempat tidur si kecil selesa dan selamat.

Sekiranya ibu sudah pastikan dengan baik, maka anak ibu tidak akan bangun dan menangis secara tiba-tiba secara histeria.

Inilah antara penyebab anak-anak tiba-tiba bangun menangis tengah malam. Jadi jika anak menangis tiba-tiba ibu jangan gelabah tenang dan fikirkan apa yang berlaku pada bayi pagi tadi. Perhatikan persekitaran bilik adakah dalam keadaan okay. 

Semoga bermanfaat buat ibu.



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates