26 November 2020


Sememangnya kulit bayi tidak sama seperti kulit orang dewasa. Kulit bayi lebih lembut, dan ianya sensitif sangat. Memilih dan mengunakan prosuk yang tidak sesuai menjadikan kulit anak ibu menjadi sensitif. Oleh itu ibu perlu berhati-hati sebelum membeli produk penjagaan kulit untuk bayi. 

Antara perkara yang ibu perhatikan sebelum membeli adalah:

1. Baca dahulu isi kandungannya

Ini adalah perkara terpenting yang perlu ibu lakukan sebelum membeli produk.Ibu wajib  memeriksa kandungan produk terlebih dahulu. Pastikan produk penjagaan bayi yang ibu beli bebas dari bahan berbahaya seperti pewangi dan pewarna, paraben dan phthalates, bebas alkohol dan tentu saja sesuai dengan pH kulit bayi.

2. Periksa pembungkusan

Perkara yang perlu ibu pastikan sebelum membeli produk bayi ialah memastikan keadaan bungkusannya diperiksa, jangan lupa untuk memeriksa tarikh luput produk dan berapa lama tempoh hayat setelah membuka bungkusan. Pastikan pembungkusan produk tidak rosak, dan penutupnya tiada kesan dibuka atau rosak.

3. Cara pengunaan 

Sekiranya ibu telah membeli produk, jangan lupa tengok peraturan penggunaan pada label atau pembungkusan produk. Untuk mengelakkan penggunaan yang salah dan berlebihan. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, terutama jika tidak digunakan seperti yang disarankan.

4. Sesuai untuk bayi

Disebabkan kulit bayi sangat sensitif jadi ibu kena lebih cakna bila membeli krim buat bayi. Sebaiknya pilih produk penjagaan badan yang dirumus khas untuk bayi. Jangan gunakan produk untuk orang dewasa.

Lebih disarankan mengunakan produk organik atau produk semulajadi. Pastikan bahan-bahan digunakan sesuai untuk bayi.



5. Jangan terpengaruh dengan label "hypoallergenic"

Hypoallergenic adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan produk itu tidak menyebabkan alergik. Namun itu tidak bermaksud produk itu sesuai untuk bayi. Lebih elok jika ibu memilih produk yang telah diuji secara klinikal dan dirumuskan untuk kulit bayi.

Sememangnya bila mempunyai anak yang ada masalah kulit memang memenatkan ibu kerana anak itu akan merengek dan menangis. Jadi ibu boleh guna tips ini untuk membeli krim yang sesuai buat anak. 






ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates