11 November 2020



Waktu tidur sangat penting bagi setiap manusia. Tidur adalah waktu badan berehat. Namun seeloknya jangan menyuruh anak tidur dan membiarkan sahaja. Jom ibu lakukan sedikit aktiviti sebelum tidur. 

Eh bukan aktiviti lasak, hanya aktiviti bording time untuk ibu dan anak. Terdapat banyak aktiviti berkualiti yang dapat meningkatkan hubungan ibu dan anak sebelum tidur. Rugi jika ibu tak lakukan.

Sepatutnya anak perlu ada jadual untuk tidur tepat pada masanya dan ianya sangat penting. Kadang-kadang anak kecil suka melawan mata mereka semata-mata ingin bermain. Jadi dengan adanya jadual waktu anak akan terbiasa.

Ibu juga boleh tambah sedikit aktiviti sebelum tidur yang dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Antara aktivitinya ialah :

1. Membacakan buku

Ibu perasan tak kalau tengok cerita negara barat memang menjadi kebiasaan ibu bapa disana membaca buku cerita sebelum anak tidur bukan. Memang bagus aktiviti itu ibu kerana mempunyai banyak faedah. 

Membaca buku sebelum tidur dapat meningkatkan koleksi perbendaharaan kata yang tercatat di otak si kecil. Bagus bukan?

Selain itu, membaca buku sebelum tidur juga meningkatkan pendekatan fizikal dan emosi.

Anak kecil ibu mungkin akan meminta pelukan sambil dibaca. Ibu dan anak akan merasa lebih dekat dengan menghabiskan masa yang berkualiti seperti ini.

Anak juga dapat tidur dengan lebih tenang kerana dapat menutup hari dengan aktiviti yang menyeronokkan.




2. Bercerita dongeng secara spontan

Menurut Sarah McGeown, seorang pensyarah psikologi perkembangan di University of Edinburgh, bercerita dengan anak menjadikan anak kecil ibu dapat berfikir secara kreatif.

Mengajaknya membuat cerita dongeng memberi idea dan kreativiti. Dia akan memikirkan siapa yang ada dalam cerita, bagaimana kisahnya akan diteruskan, dan juga perincian apa yang akan diceritakan.

Ibu boleh menambah cerita untuk menjadikannya lebih menarik. Selain mengasah otak si kecil, aktiviti ini akan menjadi kenangan indah sejak kecil yang akan tersimpan dalam ingatannya.

3. Bertanyakan aktiviti yang mereka lakukan hari tersebut

Salah satu cara yang menyeronokkan adalah dengan mengajaknya mengingat kembali apa yang telah dilakukannya. Ia boleh dimulakan pada waktu pagi hingga petang atau aktiviti terakhir, hingga aktiviti paling awal.

Ini juga dapat membantu menguatkan ingatan si kecil. Anak mempunyai tahap ingatan yang tinggi. Jadi ibu hanya perlu mengasahnya. 

Jika anak lupa apa aktiviti yang dilakukannya ibu boleh membantu anak. Ibu juga boleh bertanya apakah aktiviti yang mengembirakan anak kecil hari ini. 

Bila selalu dilakukan, anak akan mempunyai kemampuan ingatan yang lebih tajam daripada anak yang tidak diasah. 




4. Bersyukur dengan kebahagiaan di hari itu

Nampak seperti remeh bukan ibu? Namun mengajar anak untuk bersyukur dengan apa yang telah mereka dapat amatlah penting. Ibu juga boleh ingatkan anak tentang aktiviti yang membuatkan mereka bahagia pada hari tersebut.

Contohnya, hari itu anak menerima hadiah dari ayahnya, atau datuk dan neneknya, maka itu dapat dijadikan contoh.

Bersyukur kepada Allah s.w.t juga dapat mendekatkan anak kepada Pencipta tanpa dia menyedarinya.

Sekiranya anak sudah terbiasa, dia akan membesar menjadi anak yang mudah bersyukur dan tidak mudah tamak.

5. Berdoa bersama

Perkara terakhir yang tidak kurang pentingnya adalah berdoa bersama. Setiap ibu bapa mesti mengajarkan dan mengajar doa sebelum tidur.

Ajaklah anak kecil ibu membaca dan menghafal doa sebelum tidur, lengkap dengan maknanya.

Ceritakan juga sebab mengapa anak kecil anda harus solat sebelum tidur. Dengan cara itu, dia dapat melakukannya dengan lebih bersemangat.

Memberi pengalaman yang baik dan menyenangkan sebelum tidur sangat penting bagi anak-anak. Sekiranya dia tidur dengan perasaan kecewa dan sedih, ia akan terbawa ke bawah sedarnya.

Oleh itu, pilihlah aktiviti berkualiti yang dapat dilakukan dengan si kecil sebelum dia tidur, sehingga bawah sedarnya dapat membawa hal-hal yang menyenangkan.



ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates