24 November 2020



Ruam leher adalah perkara biasa kerana bayi mempunyai kulit yang lembut dan sensitif. Leher bayi biasanya berisi dan banyak lipatan kulit yang menjadikannya mudah terkena ruam kerana bayi tidak boleh menggerakkan leher mereka sendiri.

Untuk merawat ruam merah di leher bayi,ibu perlu tahu penyebab ruam dan bagaimana menghindarkannya. 

Antara punca ruam di leher si kecil ibu kerana:

1. Cuaca panas 

  • Bayi boleh mengalami ruam leher akibat panas terik, terutama pada musim panas ketika suhunya tinggi. Kesannya, peluh akan terperangkap di bawah kulit dan menyekat saluran peluh. Tanda merah boleh muncul di leher bayi, yang mungkin terasa gatal. Ruam seperti ini juga disebut ruam panas atau ruam peluh.

2. Susu badan yang mengalir ke leher
  • Semasa menyusu, susu berlebihan akan tumpah ke leher bayi, yang terkumpul di lipatan kulit. Sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, kulit mungkin akan lembap dan akhirnya mengalami ruam.
3. Jangkitan kulat
  • Ruam mungkin muncul di leher bayi kerana jangkitan. Sesetengah jenis kulat cenderung tumbuh subur di tempat yang hangat dan basah. Lipatan kulit leher bayi boleh menjadi tempat pembiakan kulat yang sempurna, jika peluh dan kelembapan terperangkap di dalamnya.
4. Kerengsaan kulit
  • Kulit kasar yang selalu bergeseran dengan pakaian pun salah satu penyumbang. Geseran berterusan ini boleh merengsakan kulit, menyebabkan ruam.
Bagaimana nak pastikan itu adalah ruam leher? Munculnya bintik-bintk yang boleh menyebabkan rasa gatal dan sakit. Kadang-kadang bayi boleh demam. Selalunya bila bayi ada ruam ini akan membuatkan bayi merengek dan sentiasa menangis. 


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates