09 October 2020

Memang tak boleh dinafikan yang kanak-kanak sangat menyukai makanan manis. Mereka akan merasa sangat gembira apabila mendapat gula-gula, coklat, atau kek.

Kebiasaan terlalu banyak makan makanan manis atau keinginan gula terlalu tinggi membuat ibu bapa risau. Terutama jika anak ibu makan makanan manis secara berlebihan dan sangat sukar untuk dikawal. Kerana makanan manis dalam jumlah berlebihan tidak baik untuk tubuh. Mereka boleh menyebabkan kegemukan, sakit gigi, dan pemakanan yang tidak seimbang.

Kawalan dari ibu bapa amatlah penting untuk mengelak anak-anak mengambil gula yang agak tidak sepatutnya. Jadi sebagai seorang ibu perlu mencegah dan mengikut kesesuaian diet anak setiap hari. Jangan kerana anak menangis ibu ikutkan, jangan ibu menangis dikemudian hari.

Meh kami akan kongsikan beberapa tips untuk menghentikan anak-anak mengambil makanan manis secara berlebihan.

1. Makan dengan jumlah yang sedikit

Memberitahu anak-anak untuk berhenti makan makanan manis agak susah. Tetapi ibu boleh melakukan ini dengan perlahan-lahan mengurangkan jumlah makanan bergula yang dimakannya.

Boleh je ibu membiarkan anak-anak menikmati makanan manis kegemaran mereka, tetapi dalam jumlah yang lebih kecil. Sekiranya anak terbiasa makan sebiji kek setiap hari, ibu boleh mengurangkannya setengah setiap hari.

Ibu juga boleh mengatur masa-masa tertentu untuk anak ibu menikmati makanan manis, seperti membiarkannya makan coklat setiap hujung minggu.

2. Bertukar kepada makanan manis semulajadi.

Secara amnya, makanan manis dipasaran selalunya diperbuat dengan pemanis buatan yang pastinya tidak sihat. Daripada memberikan makanan seperti itu, bagaimana jika ibu memberi makanan si kecil dengan pemanis semula jadi.

Terdapat banyak pilihan makanan dengan pemanis semula jadi yang juga sihat, salah satunya adalah buah. Tidak hanya manis, buah juga mengandungi pelbagai nutrien dan serat yang diperlukan oleh tubuh. Makan makanan manis ini boleh menjadikan badan lebih sihat.

Contoh buah-buahan manis yang boleh menjadi pilihan termasuk buah epal dan anggur. 

3. Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap

Aktiviti fizikal perlu dilakukan setiap hari. Selain menjadi gaya hidup sihat, aktiviti fizikal sebenarnya dapat menjauhkan anak dari makanan manis.

Apabila anak ibu bergerak, mekanisme otak akan menghasilkan endorfin. Hormon serupa juga dihasilkan oleh otak ketika tubuh mengambil makanan yang tinggi gula.

Bukan hanya itu, menjadi aktif dapat menghilangkan minda anak ibu dari rasa lapar dan membantu tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.



4. Makan secara teratur

Bila anak suka makan makanan manis, sebenarnya ia terjadi kerana mereka berasa lapar. 
Walaupun selepas itu mereka sudah kenyang mereka masih tidak berenti makan kerana makanan manis ini boleh membuat anak ketagih.

Cara yang boleh ibu lakukan dengan melakukan jadual berkala tentang diet anak. Ingat ibu setiap kali lapar bukan perlu makan nasi, pilih snek sihat pun dah tersangat okay. Dengan cara ini dapat membantu anak kecil ibu mengambil makanan yang terlalu manis. 

5. Tidur yang cukup

Ternyata waktu tidur si kecil ibu juga mempengaruhi kebiasaannya makan makanan manis. Apabila dia cukup tidur, tubuhnya tidak mudah letih, dia akan merasa sihat dan bertenaga.

Dengan kata lain, tidur yang cukup dapat melindungi tubuh daripada rasa lapar yang berlebihan dan menjadikannya lebih bertenaga. 

6. Hadkan pengambilan minuman bergula

Gula bukan sahaja diperoleh dari makanan manis seperti kek, tetapi juga dari minuman yang diminum si kecil. Terdapat banyak minuman dengan kandungan gula yang cukup tinggi, seperti minuman ringan, atau minuman yang mengandungi soda.

Minuman manis ini menjadi kegemaran kebanyakan anak akhir-akhir ini. Tetapi adakah mereka tahu terdapat kandungan gula sintetik yang berbahaya dalam minuman itu?

Pengambilan minuman manis perlu dihadkan. Lebih baik jika anak ibu minum lebih banyak air atau jus ketika mereka merasa dahaga.

7. Berhenti memberi gula-gula sebagai hadiah 

Kalau ibu perasan trend sekarang bila sambut harijadi ke kenduri kahwin ke bila doorgift anak-anak mesti gula-gula. Dan ada sesetengah ibu yang akan bagi gula-gula bila anak berjaya lakukan sesuatu. Salah satu pilihan hadiah yang mudah diperoleh dan murah adalah makanan manis, iaitu gula-gula dan coklat.




Namun, ibu tidak boleh terus memberikan gula-gula sebagai hadiah. Selain dapat membentuk kebiasaan makan makanan manis pada anak-anak, ini juga menyukarkan mereka untuk berhenti makan makanan manis.

Itulah tips untuk menghentikan kebiasaan makan makanan manis. Mulai sekarang, mari kita membiasakan anak-anak ibu untuk makan makanan yang sihat dan bermanfaat untuk tubuh mereka.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates