07 October 2020


Kitaran tidur untuk bayi baru lahir tidak dapat dijadualkan dengan betul lagi. Bayi masih mencuba untuk menyesuaikan diri dengan 'persekitaran baru' namun mereka tidak dapat membeza siang dan malam.

Sudah tentu, ibu akan terjaga dari tidur sebab bayi terjaga atau bayi menangis. Ini memang selalu berlaku, tetapi ada cara yang boleh ibu lakukan untuk mengatur jadual tidur bayi ibu secara normal, termasuk berusaha mendapatkan tidur yang berkualiti.

Bila bayi dapat tidur yang berkualiti membawa pelbagai manfaat, termasuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan.Jom kami nak kongsikan tips untuk membuat bayi tidur nyenyak:

1. Pastikan tempat tidur anak selesa.

Ibu perlu mewujudkan suasana bilik tidur yang selesa agar bayi dapat tidur nyenyak dan mendapat waktu tidur yang berkualiti.

Sehingga bayi dapat mengetahui bahawa waktu malam adalah waktu untuk tidur, redupkan lampu dan mewujudkan suasana bilik yang tenang sehingga bayi dapat tertidur dengan cepat.

2. Mandikan bayi dengan air suam.

Petua untuk tidur bayi yang berkualiti seterusnya adalah mengelap bayi menggunakan kain lap yang suam sebelum bayi tidur. Mandi suam atau sebelum tidur dapat merehatkan badan bayi sehingga mereka dapat tidur dengan lena. 

Namun harus di ingatkan bayi yang ada penyakit kulit tidak boleh mandi air suam kerana ia penyebab kulit makin kering. 

3. Pastikan bayi kenyang sebelum tidur.

Bayi bila lapar mereka akan merengek. Ianya penyebab mereka tidak dapat tidur dengan lena. Jadi sebelum bayi tidur pastikan mereka akan kenyang dulu. Diawal bayi memang akan bangun diwaktu malam sebab kelaparan atau lampin penuh.

4. Urut bayi

Salagh satu cara untuk bayi mendapatkan tidur dengan nyenyak dan berkualiti adalah dengan cara mengurut badan anak. Urutan lembut sahaja untuk anak jangan terlalu kuat. 




5. Atur pola tidur bayi.

Ketika bayi baru lahir corak tidur bayi tidak dapat diatur dengan baik kerana mereka tidak lagi mengetahui siang dan malam. Tetapi bila meningkat usia, otak bayi dapat mengenali bila siang dan malam.

Ibu boleh tidurkan bayi di siang hari tetapi jangan biarkan bayi tertidur lama pada waktu siang kerana boleh mengganggu tidur malam mereka.

Itulah petua untuk tidur bayi berkualiti yang boleh ibu lakukan. Ibu mesti memastikan bahawa waktu tidur bayi mencukupi agar kesihatannya terjaga dengan baik.


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates