TIPS UNTUK AJAR ANAK ATASI TANTRUM
Tidak pelik sebenarnya bila anak akan tantarum. Lagipun itu cara mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Walau bagaimanapun, mengekspresikan diri dengan mengamuk bukanlah perkara yang baik jika ibu membiarkannya berterusan.
Ada kanak-kanak merasakan bahawa mereka melepaskan emosi dengan cara negatif adalah sesuatu yang tidak salah. Sebenarnya, itu bukan cara yang betul. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengetahui cara menangani anak-anak yang marah sehingga ibu dapat memujuk anak untuk menunjukan emosi dengan cara yang betul.
Ibu-ibu boleh ikut beberapa tips untuk menghindari anak dari tantrum:
1. Lihat bagaimana ibu bertindak balas terhadap sesuatu yang tidak disenangi
2. Bersikap konsisten dalam menunjukkan emosi
Semuanya bermula daripada ibu ayah. Jadi ibu sangat peting untuk mengawal emosi depan anak-anak. Bila ada anak yang membuatkan ibu marah, terus berbincang dengan anak dengan cara yang baik.
Contohnya : 'Mama rasa sangat marah bila baju kotor diletakkan merata-rata.Mama boleh merasakan hati Mama sakit sangat'
Lakukan ini secara konsisten. Dengan cara itu mereka dapat belajar mengenal pasti jenis perasaan yang mereka alami, dan bagaimana mengurus emosi mereka sedemikian rupa.
3. Kenalpasti perasaan si kecil
4. Emosi ibu juga perlu tenang
Cara terbaik membuat anak tenang secara semulajadi adalah dengan bagi mereka ruang yang tenang.
Maksudnya, jika orang di sekelilingnya dalam keadaan tenang dalam menghadapi emosi yang bergejolak, maka anak mudah mencontohnya.
Jadi berbalik kepada macam mana ibu bapa menguruskan anak dalam keadaan tantrum. Ibu perlu membaca perasaan anak ketika itu dan memberi respon yang tenang.
Tarik nafas bersama juga salah satu cara jika anak sedang mengatur emosinya yang membuak-buak.