26 October 2020




Pernah tak ibu sering rasa gatal ketika mengandung? Adakah ianya gatal yang biasa atau disebabkan ekzima? Jangan selalu mengaru gatal itu, tabiat itu akan menyebabkan rasa gatal bertambah lebih teruk.

Pengambilan atau penggunaan ubat-ubatan tertentu tanpa preskripsi doktor juga tidak boleh dilakukan kerana boleh mengganggu kehamilan.

Jom ambil tahu tentang ekzima semasa kehamilan:

Apakah itu ekzima?

Ekzema adalah masalah di mana terjadi keradangan pada kulit. Kesannya, kulit akan menjadi sangat gatal, kemerahan dan kulit kasar. 

Ekzema boleh berlaku di beberapa bahagian badan, misalnya pada tangan, kaki, muka, atau belakang. Sekiranya tercalar, ekzema boleh menjadi lebih teruk dan mengganggu aktiviti mama.

Mengalami tekanan yang berlebihan pada ibu hamil juga boleh mencetuskan ekzima. Jadi, untuk mengurangkan kesan ekzima, ibu harus belajar menangani tekanan atau kalau boleh elak masalah tekanan itu. 

Ada dua jenis ekzima yang selalu terjadi pada ibu hamil iaitu dermatitis kontak dan dermatitis atopik. Untuk dermatitis kontak ianya akan terjadi bila kuliy terkena dengan sesuatu bahan yang ibu alah. Seperti sabun, wangian, jenis kain tertentu, pewarna, habuk, atau benda lain. Apabila benda-benda ini bersentuhan dengan kulit, benda-benda tersebut juga boleh menyebab terjadi ekzima.

Sementara itu, dermatitis atopik berlaku bukan kerana sentuhan kulit tetapi kerana kepekaan terhadap jenis makanan tertentu, alergik tertentu, atau perubahan cuaca secara tiba-tiba.

Punca ekzima pada ibu hamil

Ekzima biasanya akan berlaku pada awal kehamilan. Ini kerana sistem ketahanan badan lebih rendah dari biasa untuk mempersiapkan perubahan dalam badan.

Pada masa ini, tanda-tanda ekzima pertama akan berlaku, seperti ruam merah dan rasa sakit ketika tergores. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk apabila ibu sering mengalami tekanan.

Di samping itu, keadaan tertentu sering menyebabkan ekzima. Contohnya radang pada rongga mulut, sinusitis, dan sejumlah penyakit lain yang menyebabkan pelbagai patogen wujud di dalam badan, seterusnya meningkatkan pencerobohan antigen.

Pencerobohan ini kemudian menyebabkan ekzima tumbuh lebih banyak dan menyerang beberapa bahagian badan yang lain.

Tanda dan gejala ekzima 



Ekzema pada kehamilan biasanya menunjukkan tanda dan gejala yang berbeza. Ibu perlu mengenali tanda-tanda ini agar dapat segera berjumpa doktor.

Ini termasuk ruam merah, yang kadang-kadang kelihatan seperti gelembung yang sangat gatal. Gelembung ini juga boleh timbul di kawasan badan.

Ruam yang muncul juga dapat membentuk lapisan seperti kerak, terutama jika kulit anda sangat kering.

Sekiranya sebelum kehamilan ibu sememangnya ada ekzima, maka kemungkinan keadaan ini berulang juga akan menjadi lebih besar. Ini termasuk jika ibu mempunyai alergi terhadap penyebab tertentu, baik makanan dan persekitaran.

Pemeriksaan ekzima biasanya dibuat oleh doktor melalui pemeriksaan visual. Sebilangan besar doktor boleh memberitahu ekzema dengan segera dengan melihat kulit pesakit. Dalam kes tertentu, biopsi boleh dilakukan untuk mengesahkan perkara yang sama.

Doktor juga akan bertanyan sedikit sebanyak tentang perubahan yang muncul di badan ibu pada bulan-bulan pertama kehamilan.Jadi sangat penting untuk ibu membuat nota atau mencatat ketika terjadi perubahan pertama pada kulit ibu.

Ubat ekzima untuk ibu hamil

Ibu jangan risau ekzema ini tidak membahayakan bayi dalam kandungan ini kerana secara umumnya penyebab ekzima tidak akan terus ke plasenta. Walaubagaimana pun ekzima boleh menganggu keseleasaan ibu hami; dan menyebabkan tekanan. 

Dalam kebanyakan kes, rawatan untuk ekzima biasanya diberikan ubat krim, pelembap atau salap. Tetapi setiap rawatan ini memerlukan preskripsi dari doktor.

Selain ubat dari doktor, rawatan di rumah juga boleh dilakukan, terutama untuk mengurangkan lebih kerengsaan. Salah satunya adalah mandi air sejuk. Ibu juga boleh menggunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas.

Pastikan juga pakaian ibu longgar dan selesa, elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Elakkan juga menggunakan sabun yang bahannya terlalu keras. Pilihlah dari bahan semulajadi atau organik.

Ibu jangan lupa untuk minum air putih dengan mencukupi supaya kulit sentiasa hidrasi dan kelembapan kulit tetap terjadi. 









ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates