20 October 2020



Disaat hamil ada sesetengah ibu yang suka atau craving makanan manis bukan? Adakah ibu selalu teringin nak minum manis diwaktu hamil atau salah satu nak hilangkan keletihan dan kesakitan akibat hamil? Apa saja alasan ibu ibu perlu berhati0hati dalam pengambilan gula semasa mengandung. Ianya boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan ibu dan anak kecil.

Lagi-lagi sekarang memang trend minuman manis-manis seperti Teh Thai, Teh Boba dan yang terbaru Bubble Bee mudah untuk didapati dimana-mana. Tetapi siapa sangka pengambilan minuman bergula yang berlebihan boleh mendatangkan risiko kehamilan ibu, terutama ibu yang mempunyai sejarah diabetes.

Ibu perlu tahu bahawa insulin adalah hormon yang memproses makanan menjadi gula atau glukosa untuk menjadi tenaga. Semasa ibu hamil, proses pengeluaran insulin akan berubah. Sebilangan besar wanita hamil tidak dapat menghasilkan insulin secara optimum. Ini dapat meningkatkan risiko diabetes kehamilan.

Jadi ibu perlu cakna bahaya dalam pengambilan minuman bergula secara berlebihan. Jom kami akan terangkan serba sedikit. 

1. Berat Badan Bayi Meningkat 

Pengambilan gula yang berlebihan semasa mengandung boleh menyebabkan kadar glukosa berlebihan pada saluran darah yang memasuki plasenta. Akibatnya, bayi di dalam rahim berkembang terlalu besar atau disebut makrosomia. Keadaan ini boleh menyukarkan anda menjalani persalinan normal, jadi pembedahan caesar diperlukan.

2. Risiko Bayi Lahir Pramatang 

Tahap glukosa yang tinggi dalam darah juga dapat meningkatkan risiko bayi dilahirkan sebelum waktunya. Kerana, sesetengah doktor secara amnya mengesyorkan kelahiran awal jika bayi lebih besar daripada berat bayi normal. Bayi yang dilahirkan sebelum waktunya umumnya mengalami sindrom gangguan pernafasan kerana paru-parunya tidak dapat berfungsi dengan baik.



3. Bayi Mungkin Mengalami Hipoglikemia

Pengeluaran insulin yang tinggi kerana pengambilan minuman bergula yang berlebihan juga boleh menjadikan bayi dilahirkan dengan keadaan hipoglikemia. Hipoglikemia adalah keadaan yang disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang berada di bawah normal. Keadaan ini umumnya dialami oleh pesakit diabetes. Keadaan hipoglikemia boleh mencetuskan kejang pada bayi yang boleh membuat si kecil anda mati sejurus selepas kelahiran.

4. Bayi Mungkin Mengidap Diabetis Tahap 2

Pengambilan minuman bergula tidak hanya mempengaruhi ibu, tetapi juga kesihatan anak kecil anda. Bayi boleh berisiko menghidap diabetes jenis dua di masa depan kerana kebiasaan ibu yang banyak minum minuman manis semasa mengandung.

Pesakit dengan diabetes jenis dua boleh mengalami beberapa gejala, termasuk bahagian badan yang menghitam, luka yang sukar disembuhkan, dan penglihatan kabur. Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung, gangguan kulit, dan kehilangan pendengaran ketika anak meningkat usia.

Oleh itu, ibu seharusnya mengehadkan pengambilan minuman bergula semasa mengandung. Perlu diketahui juga bahawa kadar glukosa yang tinggi tidak hanya terdapat pada minuman bergula, tetapi juga gula-gula, minuman ringan, ais krim, dan beberapa makanan yang dibungkus.

Jadi itu antara bahaya pengambilan minuman manis semasa mengandung. Semasa mengandung, ibu perlu makan sayur-sayuran dan buah segar setiap hari untuk mencegah diabetes kehamilan dan penyakit lain. Jangan lupa bergerak secara aktif dan berehat secukupnya semasa hamil. 




 

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates