22 October 2020





Bila masuk trimester ketiga barulah syok nak membeli barang bayikan ibu. Iyelah waktu nak berjumpa dengan bayi dalam kandungan tinggal beberapa bulan saja lagi. 

Membeli peralatan bayi ni memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, bila anak dalam kandungan itu anak pertama wah makin teruja la nak membeli. Pasti banyak barang yang ibu fikir untuk dibeli untuk memenuhi keperluan si kecil ibu. 

Namun jangan terlalu terburu-buru ibu, pastikan barang yang hendak dibeli memang barang keperluan bukan keinginan ibu semata-mata.

Peralatan bayi memang banyak dan kadang-kadang ibu rasa semua itu memang untuk kegunaan anak. Namun tidak semua barang yang ibu beli akan digunakan ketika bayi lahir atau diwaktu yang singkat. 

Jadi kami akan kongsi apakah antara barang yang tidak perlu ibu beli atau jika nak beli bukan dalam kuantiti yang banyak. Ibu boleh mengelakkan pembaziran waktu membuat pembelian. 

1. Kasut bayi

Tidak dinafikan kasut bayi memang akan membuatkan ibu teruja untuk membelinya, namun nanti dulu ibu belum masanya lagi. Waktu bayi memula pandai berjalan pun mereka tidak perlu pakai kasut. 

Mengapa tidak memerlukan kasut sewaktu berjalan? Ini kerana kaki anak akan lebih bebas dan kakinya juga akan terangsang dengan baik berbanding dengan memakai kasut. Jadi tidak perlu membazir dengan membeli kasut mahal untuk bayi ibu.



2. Baju saiz Newborn

Eh kan bayi baru lahir mestilah kena ambil saiz newborn. 

Betul tu ibu,namun tak semua bayi yang dilahirkan kecil ada juga keluar memang besar. Jadi baju newborn tu mungkin boleh dipakai dalam beberapa bulan atau beberapa hari. Paling menghampakan bila langsung tidak boleh pakai. 

Mahu beli? Tidak apa-apa, tetapi tidak perlu terlalu banyak. Lebih baik mencari ukuran 0-3 bulan atau 3-6 bulan, agar si kecil anda dapat bertahan lebih lama. 

3. Changing table

Ibu-ibu bila mereka teruja boleh jadi bahaya, sebab semua benda nak kena ada. Sampai benda tidak penting pun dianggap penting. Seperti Changing table ianya bukan la keperluan penting yang perlu ada dan kos untuk changing table bukan lah murah. 

Belum lagi berkaitan dengan tempat dimana nak letak. Silap hari bulan ibu akan bersihkan anak atas katil ibu je. Tidak ke rugi?

4. Baby bather

Buat suami isteri yang baru pertama kali menimbang cahaya mata banyak perkara baru bagi mereka. Rasa kekok pada awal itu memang perkara biasa. Lagi-lagi nak mandikan bayi perasaan takut tu memang akan ada. 

Bila bayi terlalu kecil ibu bapa mula akan rasa teragak untuk mandikan bayi. Belum lagi dengan rasa takut tangan licin ketika mandikan bayi. 

Jadi baby bather akan menjadi pilihan ibu bapa untuk mandikan anak dengan mudah. Namun peralatan ini hanya akan digunakan falam jangka pendek sahaja. Jadi ianya agak rugi jika dibeli. 



5. Mainan bayi

Sememangnya mainan bayi bagus untuk membantu merangsang bayi. Malangnya bayi yang belum lahir tidak memerlukan mainan.

Sehingga usia 6 bulan, bayi lebih suka bermain dengan ibu bapa. Pelukan,ciuman dan sentuhan ibu bapa sebenarnya membantu merangsang deria si kecil. 

Ibu dapat memanfaatkan objek yang kebiasaan dipakai setiap hari untuk merangsang kemampuan deria dan motornya. Ketika bayi mula mencengkam, berikan kain lembut atau benda untuk dipegangnya.

Jadi inilah antara barang yang tidak penting untuk dibeli terus atau di usia terlalu awal. Buat keputusan yang bijak dalam membeli barang. 





ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates