08 October 2020



Setiap anak pasti mempunyai perkembangan yang berbeza. Ada anak yang mula berjalan dulu, ada yang bercakap terlebih dahulu. Kedua-duanya bergantung pada usia di mana anak itu membesar.

Secara amnya, seorang anak akan mula bercakap ketika berumur 5 bulan. Walaupun hanya ada satu atau dua kata seperti, "ma-ma" atau "pa-pa" dan pengucapannya masih belum jelas.

Ketika si kecil mencapai usia 10-12 bulan, dia mula menghafal lebih banyak perkataan dan mula mengucapkan ayat yang panjang. Bila anak berusia 1-3 tahun, si kecil ibu akan lebih fasih bercakap dengan ibubapa dan orang-orang di sekelilingnya.

Walaupun perkembangan pertuturan anak tidak sama, namun jika anak ibu masih tidak dapat mengucapkan sepatah kata sehingga usia 2 tahun, keadaan ini perlu ibu ambil tindakan segera.

Jadi di sini kami nak kongsikan macam mana nak merangsang anak-anak bercakap dengan lebih berkesan, antaranya:

1. Ajak anak bernyanyi

Cara pertama yang mudah dan menyeronokkan adalah melalui nyanyian. Ibu boleh menyanyi ditambah dengan pergerakan. Ini kerana kanak-kanak biasanya mudah meniru pertuturan ketika dipasangkan dengan pergerakan.

Sebabnya ialah bunyi lebih mudah dipelajari oleh kanak-kanak daripada perkataan. Sebab itu kalau ibu perasan anak lebih mudah menghafal lagu dari menghafal cerita. 

Ibu boleh menyanyi bersama-sama ketika sedang bermain bersama anak. Waktu ini anak akan lebih mendengar apa yang ibu nyanyikan.



2. Sentiasa berborak dengan anak

Selalu ibu salah anggap bila anak masih kecil ibu tak ajak anak berborak sebab anak kecil lagi. Ibu jangan salah faham waktu kecillah boleh mula bercakap dengan anak ibu. Waktu ini minda anak bagaikan span yang menyerap setiap perkataan dan perbuatan ibu.

Walaupun anak itu tidak dapat menjawab apa yang dibicarakan oleh ibubaoa, sel-sel di saraf otak dapat menangkap isyarat dengan betul dan menyimpannya dalam ingatan.

Oleh itu, semakin kerap ibu bercakap dengan anak, semakin dia akan ingat perbendaharaan kata yang ibu ajar. Bercakap dengan baik dan jangan jemu bercakap di hadapan anak kecil.

3. Ulang perkataan yang sama

Jika ibu mahu bayi bercakap dengan cepat, ibu boleh menggunakan perkataan dalam rutin harian ibu yang diulang beberapa kali.

Ibu boleh memilih perkataan yang mudah dikuasai oleh anak, misalnya, hanya melatih mereka untuk mengucapkan perkataan Ibu dan Ayah, dan juga kata-kata mudah setiap hari seperti makan, minum, mainan dan sebagainya.

Terus ucap kata-kata ini setiap hari, kerana semakin banyak ia diulang anak akan lebih senang mengingat kosa kata.

4. Jangan terlalu lama tengok TV atau telefon bimbit

Hidup di era teknologi sekarang tentu saja membuat sesiapa sahaja menghabiskan banyak masa di skrin setiap hari. Sekiranya kanak-kanak diizinkan menonton TV atau bermain dengan telefon bimbit, itu akan membuat mereka malas untuk bercakap kerana mereka asyik menonton filem atau video melalui skrin.

Daripada mengajak anak-anak menonton TV atau skrin telefon bimbit terlalu kerap, Ibu boleh mengajak mereka bermain bersama sambil sesekali menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka atau mengajak mereka bercakap mengenai perkara ringan untuk melatih mereka bercakap.



5. Membaca buku cerita

Antara salah satu cara untuk melatih anak-anak bercakap dengan cepat adalah dengan membacanya buku cerita atau kisah dongeng. Terdapat banyak cerita dan kisah dongeng yang ibu boleh baca, seperti legenda, kisah nabi dan sahabat, dan kisah dongeng haiwan.

Semasa membaca kisah itu pada anak, ibu boleh membacanya dengan perlahan dan jelas menarik perhatiannya.

Ibu juga boleh menggunakan alat mainan atau apa sahaja alat di tangan untuk bercerita,yang ibu tahu. Kaedah ini dianggap berkesan untuk meningkatkan pertuturan anak kecil ibu. 

6. Memahami bahasa tubuh anak

Bayi yang tidak dapat bercakap selalunya akan menangis, merengek, ketawa dan sebagainya bahasa komunikasi mereka.

Sebagai seorang ibu, ibu mesti pandai membaca dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh anak kecil ibu. Ibu boleh cuba memahami ungkapannya terlebih dahulu, kemudian cuba menjawabnya dengan kata-kata.

Contohnya, ketika seorang anak menangis di depan pintu rumah, Ibu boleh berkata, "Adik nak main kat luar ye?" Ulangi perkataan main supaya anak memahami bahawa ketika dia nak keluar dia hendak bermain.

7. Pemakanan harian yang mencukupi

Perkara ini sangat penting untuk ibu ambil lebih berat, memberi nutrisi yang betul juga mempengaruhi perkembangan motor halus dan saraf deria si kecil ibu. 

Contohnya, dari susu formula, telur, buah dan sayur-sayuran, ikan, dan makanan sihat yang lain. Ada satu lagi perkara penting, iaitu mengelakkan memberi makanan yang mengandungi MSG atau bahan pengawet.

Jadi ini ada 7 tips yang boleh ibu lakukan pada anak ibu. Usia 2 tahun kebawah adalah masa golden age buat anak ibu. Otaknya juga mudah masuk banyak perkara baru dengan cepat. Oleh itu, ajar banyak perkara baru yang positif untuk pertumbuhan mereka.






ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates