28 October 2020




Pernah tidak ibu mengalami dimana ketika hendak tidurkan anak ibu, tiba-tiba hidungnya tersumbat dan membuatkan anak rasa terganggu. Ianya sangat merimaskan buat anak kerana payah hendak bernafas dan masalah yang menjengkelkan untuk ibu atasi. 

Kesesakan hidung berlaku apabila saluran pernafasan anak terganggu. Ianya juga disebabkan oleh tisu yang terletak di dekat saluran darah membengkak kerana cecair berlebihan. Keadaan ini menyukarkan si kecil untuk menghirup udara dengan mudah.

Terdapat beberapa sebab lain, seperti pelbagai gangguan pada badan, seperti resdung, selesema, sakit tekak, dan terlalu banyak lendir. Selain itu, pergerakan dan kedudukan badan yang tidak betul akan mempengaruhi fungsi badan dan menyebabkan kesesakan hidung atau sesak nafas pada waktu malam.

Ibu perlu tahu nak mengatasi masalah hidung sumbat ini bukanlah perkara yang sukar. Jadi jom cuba beberapa tips yang boleh ibu lakukan untuk memudahkan anak bernafas dengan mudah. 

1. Lap dengan air suam

Cara pertama yang boleh ibu lakukan untuk mengatasi kesesakan hidung si kecil adalah dengan menggunakan air suam.

Ambil kain lap yang bersih dan rendam dalam air suam. Kemudian perah sehingga tuala menjadi lembap. Setelah itu, ibu boleh meletakkan tuala lembap di wajah si kecil selama beberapa saat.

Ibu boleh melakukan kaedah ini beberapa kali sehingga hidung tersumbat mula berasa lega. Ibu juga tidak boleh membiarkannya terlalu lama kerana boleh mengganggu proses pernafasan.

2. Mengunakan minyak kayu putih

Minyak kayu putih biasanya selalu digunakan kerana ianya dapat menghangatkan badan si kecil. Ada juga yang mengunakan minyak kayu putih selepas mandikan bayi dan sewaktu bayi terkena selsema. 

Minyak kayu putih juga boleh digunakan ibu ketika anak kecil mempunyai masalah hidung tersumbat. Ibu boleh sapukan minyak kayu putih di sekitar hidung anak tetapi jangan terlalu banyak. Aroma kayu putih yang nyaman dan hangat dapat melegakan kesesakan hidung.

3. Memenuhi keperluan air dalam badan

Apabila anak mempunyai hidung tersumbat, kekurangan air badan akan membuatkan masalah itu bertambah buruk. Jadi ibu perlu sentiasa menasihatkan anak untuk banyakkan minum air kosong setiap hari. Minum air kosong perlu dilatih sejak berusia 6 bulan keatas.
Apabila anak terhidrat dengan baik, kandungan air akan membantu mengurangkan rembesan hidung dan mengurangkan kesesakan hidung. 
Selain itu terdapat banyak pilihan minuman dan makanan yang dapat mencegah dehidrasi. Ibu boleh menyediakan air kosong, air kelapa, susu, buah, atau bahkan sup.

4. Menyedut wap

Udara yang lembab dan berwap boleh membantu membersihkan hidung anak yang sempit. Wap membuatkan lendir yang pekat akan cair dan memudahkan anak untuk bernafas. 

Ibu boleh cuba memandikan anak dengan air suam sebelum anak tidur. Mandi dengan air suam memberi kesan yang baik buat anak. Kaedah ini membuatkan anak tidur dengan selesa dan lebih lena. 

Selain itu ibu boleh mengunakan cara ini, sediakan air suam di dalam baldi atau bekas kecil. Letakkan tuala di atas bekas, kemudian letakkan bekas di hadapannya. Biarkan anak menyedutnya sebentar.

Semasa membiarkan si kecil menghirup wap hangat, pastikan bilik tidak terlalu panas, kerana boleh mengganggu pernafasannya.




5.Humidifier

Humidifier adalah alat yang membantu melembapkan udara sesuatu ruang. Alat ini dapat membantu mengurangkan batuk kering, bahkan kesesakan hidung pada waktu malam.

Humidifier juga boleh ditambah dengan bahan aromatik. Bahan ini dapat menghasilkan aroma semula jadi yang membantu mengurangkan selsema dan kesesakan hidung. Menghirup bahan aromatik sahaja memudahkan si kecil mengeluarkan semua lendir yang menyebabkan kesesakan hidung.

Ibu boleh memasang alat ini di bilik anak. Tetapi pastikan untuk selalu membersihkannya secara berkala, kerana kuman boleh hidup ketika alat ini tidak dijaga dengan baik.



6. Memberi minuman halia 

Halia dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit. Halia antara bahan semula jadi ini sangat berkesan untuk menangani penyakit yang menyebabkan kesesakan hidung seperti selsema dan selesema.

Bahan-bahan dalam halia dan kunyit dapat membantu melegakan kesesakan hidung. Kesannya juga dapat membantu si kecil anda lebih tenang.

Ibu hanya perlu bancuh halia dan kunyit hidup dengan air suam. Namun jangan beri pada bayi yang terlalu kecil dan alergik kepada rempah.

7. Berehat dengan cukup

Tidur adalah cara terbaik bagi tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan gangguan dengan sendirinya. Apabila anak mengalami hidung tersumbat, badan si kecil ibu tidak bertenaga seperti biasa. Tenaga dalam badan digunakan secara maksimum untuk memulihkan keadaan kesihatan badan.

Semasa tidur, tenaga dalam badan anak dapat berfungsi sepenuhnya untuk pemulihan. Biarkan anak ibu tidur di tempat yang selesa dengan kedudukan yang baik.

Kedudukan tidur anak juga berpengaruh dalam pemulihannya. Tidur dalam keadaan baik dapat menolong mengalirkan sinus. Meletakkan kepala anak pada kedudukan yang lebih tinggi dengan bantuan bantal dapat membantu melegakan gejala hidung tersumbat.

Secara amnya, kaedah di atas sebenarnya berkesan untuk mengatasi kesesakan hidung pada anak. Tetapi dalam beberapa keadaan, jika kaedah ini tidak dapat menyembuhkan anak ibu, ibu boleh membawanya berjumpa doktor.

Anak ibu perlu berjumpa doktor sekiranya:

  • Anak tidak bertambah baik selepas 3 hari menerima rawatan di rumah.
  • Kesesakan hidung disertai demam tinggi.
  • Anak berasa lesu dan pening.

Sekiranya anak ibu mengalami salah satu di atas, segera berjumpa dengan doktor atau pegawai perubatan yang betul.Takut jika tidak dirawat anak ibu akan mengalami jangkitan yang lagi teruk. 

Semoga kaedah ini dapat membantu ibu diluar sana.

#chubbybitsy; #dropshipbarangbaby; #dropshipshopee; #dropshiplazada; #onlinebabystore; #onlinebabyshop; #kedaibabyonline; #kedaibabymurah; #kedaibaby #onlinebabystore #kedaibabymurah #breastfeeding #botolsusu #babyfood #confinement #pantang #bukukanakkanak #educationalbook #babycare




ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates