21 October 2020




Bila mengandung ibu biasanya akan mengalami gatal-gatal dibeberapa kawasan badan dan paling utama di bahagian perut. Bila gatal mesti ibu akan rasa nak mngaru bukan? Hentikan sekarang ibu, jika ibu selalu garu mengunakan kuku ianya akan meninggalkan bekas parut di badan.  

Tidak dinafikan lagi bila badan gatal tangan akan terus rasa ingin mengaru kerana tidak tahan dengan rasa gatal tu. Selalunya masuk trimester kedua iaitu 13 hingga 28 minggu kawasan perut akan rasa gatal yang tidak boleh nak digambarkan.

Perut gatal ketika mengandung adalah perkara yang normal di alami oleh hampir semua ibu. Kegatalan ini berlaku disebabkan oleh rengangan kulit pada perut. Jika ibu terus mengaru boleh menyebabkan luka atau ruam.

Oleh sebab itu, kami akan memberi beberapa tips untuk ibu lakukan bila terasa gatal ketika hamil. Antaranya:

1. Tuam perut dengan ais

Tuam kawasan perut yang gatal menggunakan air batu dapat melegakan gatal dan membuat ibu selesa. Ibu boleh menggunakan pek ais atau ais yang dibalut tuala atau kain lembut. Kemudian, sapukan ais ke perut dan gosokkannya dengan lembut. Lakukan ini selama 10 minit sehingga gatal reda.



2. Sapukan pelembab selepas mandi

Rasa gatal juga boleh jadi disebabkan kulit kering.Oleh itu, ibu harus menggunakan krim pelembap selepas mandi untuk melembapkan kulit kering dan melegakan gatal. Tetapi, jangan gunakan produk pelembap yang mengandungi alkohol iye ibu. Produk yang baik untuk ibu hamil gunakan mestilah mengandungi bahan semula jadi atau minyak pati.

3. Elakkan terkena sinaran matahari

Terdedah dengan cahaya matahari boleh memburukkan lagi keadaan gatal pada perut. Tubuh ibu akan berpeluh dengan senang apabila terkena cahaya matahari. Ianya boleh menyebabkan ruam kecil pada perut yang menyebabkan gatal.

4. Elakkan mandi air panas 

Mandi dengan air panas sememangnya boleh menenagkan ibu. Namun air panas juga penyebab kulit menjadi kering. Bila kulit kering ibu akan terasa gatal. Jadi seeloknya jangan terlalu kerap mandi air panas.



5. Sapukan lidah buaya

Mengunakan gel aloe vera yang sejuk dapat menghilangkan rasa gatal di perut. Kandungan antimikrob dalam lidah buaya dapat mencegah kerenggangan dan jangkitan akibat gatal. Namun, ibu harus menggunakan lidah buaya yang telah dibersihkan dari kotoran dan tanah. Setelah membersihkan, kupas kulit hanya gunakan gelnya sahaja.

6. Sapukan minyak kelapa

Bahan semula jadi lain yang boleh menghilangkan rasa gatal semasa mengandung adalah minyak kelapa. Ibu boleh menggunakan minyak kelapa di kawasan yang gatal. Minyak kelapa akan membantu melembapkan kulit ibu dan mengurangkan rasa gatal. Ibu mesti menggunakannya perlahan-lahan untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

Dengan ini, ibu boleh melakukan 6 tips untuk mengatasi gatal ketika hamil setiap kali ibu mengalami kegatalan Sekiranya ibu masih rasa ingin mengaru pastikan ibu mengunakan sikat bagi mengelakkan kecederaan atau kerengsaan.














ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates