27 October 2020




Menstruasi adalah salah satu kitaran bulanan yang dialami oleh wanita yang tidak hamil dan menopaus. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda-tanda haid bermasalah yang harus setiap wanita ambil tahu.

Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Ada sesetengah yang akan terasa sakit di hari pertama dan ada yang dah habis haid pada hari keempat. 

Sekiranya hanya perbezaan itu masih dikira normal. Tetapi ada beberapa yang dianggap tidak normal dan merupakan tanda bahawa tubuh berada dalam masalah.

Jom semak apakah masalah itu:

1. Kitaran haid yang lewat

Adalah normal jika ibu tidak datang haid dan hamil. Tetapi apa yang tidak normal adalah jika haid tidak teratur. Walaupun kitarannya panjang, biasanya teratur.

Antara sebab mengapa haid ibu lewat atau tidak teratur adalah mungkin kerana diet berlebihan atau senaman yang berlebihan.

Manakala penyebab lain adalah perubahan hormon kerana perubahan berat badan dengan ketara. Sama ada terlalu berat atau terlalu ringan.

Satu perkara lagi, kekacauan kitaran haid secara tiba-tiba juga boleh disebabkan oleh pengambilan pil perancang kehamilan.

2. Darah yang keluar secara berlebihan

Pada hari pertama, biasanya darah haid akan keluar dengan banyak. Namun, jika setiap jam ibu kena tukar kerana tertembus, itu petanda mengalami menorrhagia.

Ini akan terjadi bila keadaan haid tidak normal dan haid terlampau banyak. Tetapi jangan terlalu risau kerana ramai wanita mengalami juga.

Biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan dinding ovari menebal dan darah yang keluar agak banyak.

Selain itu, terlalu banyak darah haid juga boleh menjadi tanda bahawa anda mengalami endometriosis, adenomyosis, dan intrauterin. Tiga perkara ini menjadikan darah haid keluar dengan sangat banyak.



3. Haid terlalu lama atau terlalu sekejap 

Biasanya, tempoh haid adalah sekitar 3 hingga 7 hari. Sekiranya kitaran haid anda masih dalam masa itu, ia tetap normal. 

Sekiranya anda menggunakan ubat perancang kelahiran, kemungkinan kitaran akan menjadi pendek. Ianya juga boleh berlaku kerana tekanan dan perubahan gaya hidup yang mempengaruhi tempoh dan haid yang pendek.

4. Sakit perut  yang berlebihan

Ramai wanita mengalami sakit perut atau kekejangan dalam tempoh haid. Namun, ada yang merasa sangat sakit dan ada juga yang pengsan.

Kekejangan perut ini disebabkan oleh pengecutan rahim mendorong garis rahim ke luar. Biasanya, kekejangan ini dirasakan setiap saat atau 2 hari sebelum datang period dan semasa period. 

Sekiranya sebelum ini anda mengalami haid tanpa mengalami kekejangan perut dan tiba-tiba anda mengalaminya, ini mungkin disebabkan oleh IUD, adenomiosis, fibroid, penyakit pelvis, aktiviti seksual, dan penyakit kelamin.



5. Demam ketika haid

Semasa haid, wanita kebiasaan akan merasa sakit ringan seperti merasa tidak sihat dan berasa lemah. Ini adalah perkara semula jadi.

Namun ianya tidak normal bila merasa sakit seperti selesema atau demam semasa haid. Sekiranya anda demam dan sakit perut ketika haid, kemungkinan disebabkan oleh jangkitan pada kawasan pelvis.

Ini disebabkan oleh penyakit kelamin yang mesti dirawat dengan ubat. Sekiranya haid anda disertai demam tinggi dan bau darah haid tidak biasa, berjumpa doktor dengan segera.

6. Sakit di seluruh badan 


Waktu haid jika ibu mengalami masalah sakit di kawasan pinggang hingga bahu pastikan berjumpa dengan doktor. Ini mungkin boleh disebabkan oleh kehamilan luar rahim.

Dalam beberapa kes, kehamilan jenis ini boleh membahayakan ibu. Oleh itu, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Ini adalah 6 tanda bahawa haid anda mengalami masalah. Sekiranya anda merasakan salah satu daripadanya, segera dapatkan bantuan perubatan untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat





ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates