13 October 2020



Rata-rata ibu hamil akan mengalami beberapap perubahan.Selain dari alahan diwaktu pagi, salah satu perubahan besar adalah payudara.

Sejak awal kehamilan, perubahan badan adalah perkara biasa. Penyebabnya adalah peningkatan kadar hormon estrogen dan progesteron. Perubahan ini juga, menyebabkan perubahan payudara yang sering dialami oleh ibu hamil.

Bila ianya dibiarkan masalah ini boleh menyebabkan ibu hamil merasa tidak selesa dan tidak dapat menikmati proses kehamilan dengan baik. 

Jom kita cakna beberapa perubahan payudara yang dialami oleh ibu hamil: 

1. Payudara terasa lebih padat dan lebih besar

Payudara yang sebelum ini lembut akan berubah di saat ibu mengandung. Ibu dapat merasakan perubahan di payudara ibu, ibu mungkin akan rasa payudara ibu lebih padat dan lebih besar dari sebelum ini. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan hormon untuk  payudara dalam menghasilkan susu.

Pembesaran payudara biasanya berlaku setelah kira-kira enam minggu kehamilan. Ianya akan dialami dengan gatal-gatal akibat kulit yang meregang. Sebaiknya gunakan pelembap untuk mengurangkan kegatalan.

Peningkatan kadar hormon semasa kehamilan menyebabkan perubahan pada tisu payudara yang dapat membuatnya terasa bengkak, sakit, dan sangat sensitif terhadap sentuhan.

2. Payudara terasa sakit dan merenggang pada awal kehamilan

Sama seperti ketika haid, payudara ibu hamil juga mula terasa sakit dan terasa merenggang pada trimester pertama kehamilan. Masalah sakit payudara mungkin berlanjutan hingga trimester akhir kehamilan, tetapi ada yang hilang sebelum melahirkan. Ini menjadikan sebilangan ibu hamil merasa tidak selesa. Ini adalah sebab perubahan hormon.

3. Aerola menjadi lebih gelap

Perubahan payudara boleh berlaku satu minggu selepas pembuahan dan masalah ini juga akan berterusan sehingga kelahiran bayi.

Pada bulan pertama, aerola ibu (lingkaran berpigmen di sekitar puting juga akan menjadi lebih besar dan warnanya lebih gelap. Perubahan warna ini paling biasa berlaku semasa kehamilan.Perubahan payudara adalah salah satu gejala awal kehamilan. Puting boleh terasa sensitif atau menyakitkan apabila disentuh.

Tetapi jangan risau, perubahan puting semula jadi akan membantu ibu untuk menyusukan anak ibu kelak.

4. Kemunculan saluran darah di payudara ibu hamil

Semakin besar payudara ibu hamil, semakin jelas saluran darah akan muncul di payudara. Tidak perlu risau sekiranya ini berlaku. Saluran darah yang muncul akan hilang dengan sendirinya setelah melahirkan.

Ini berlaku kerana jumlah darah ibu meningkat 20 hingga 40 peratus semasa kehamilan. Isipadu darah ini menjadikan saluran darah lebih kelihatan di bawah kulit.

Saluran darah akan kembali normal seperti selepas bersalin.

5. Susu ibu mula keluar

Bayi masih dalam kandungan, tetapi adakah ibu pernah merasakan cairan keluar dari puting susu?

Jangan takut ibu, semasa kehamilan ini adalah keadaan biasa. Di mana sebilangan ibu hamil mungkin mengalami  pengeluaran susu kerana payudara sudah bersedia melepaskan kolostrum yang sangat diperlukan bayi.

Pada usia kehamilan 16 minggu, payudara telah mula menghasilkan susu. Pada peringkat ini, ibu mungkin mendapati bahawa payudara ibu mengeluarkan cecair kekuningan yang disebut kolostrum. Cecair ini mengandungi antibodi penting untuk bayi baru lahir. Ibu dinasihatkan untuk menggunakan pelindung payudara.

Jadi inilah perubahan payudara yang selalu berlaku pada ibu hamil. Tanda-tanda ibu itu hamil juga boleh dilihat melalui payudara. Jadi pastikan ibu memilih bra yang sesuai untuk menyokong payudara semasa hamil.

ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates