14 October 2020




Mesti ibu fikir 'eh makan makanan sama setiap hari pun tak elok ke'. Lagi-lagi bila anak ibu seorang yang susah nak makan atau dipanggil picky eater . Anak yang picky eater ni mereka sangat memilih makanan, dan kebanyakan mereka akan tolak  adalah sayur. Jadi dimanakah nutrisi yang anak akan perolehi. 

Jadi bagi sesetengah ibu untuk mengelak anak mereka tidak makan, mereka akan memasak perkara yang hampir sama setiap hari. Pada pandangan awal kedengarannya praktikal, kerana dapat menarik minat makan anak-anak.

Namun ianya juga ada kesan negatif terhadap anak ibu. Sekiranya anak-anak terbiasa makan makanan yang sama hampir setiap hari, ibu perlu cakna apa kesan yang akan berlaku dengan tabiat sebegitu.

1.Kekurangan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan anak

Melihat anak membesar dengan baik dan sihat memang impian setiap ibu. Jadi sangat penting untuk anak makan makanan yang seimbang  dan nutrisi lengkap. Tubuh anak kecil amat memerlukan pelbagai makronutrien dan mikronutrien.

Oleh itu, anak perlu makan buah-buahan, sayur-sayuran, daging, dan biji-bijian untuk memenuhi keperluan ini. Sekiranya anak hanya menyukai salah satu makanan , menyebabkan mereka dapat kurang optimum untuk pertumbuhan dan perkembangannya.

Di samping itu, pengambilan makanan yang tidak berbeza setiap hari boleh mengakibatkan tubuh kekurangan beberapa nutrien penting, yang seterusnya mempengaruhi perjalanan organ anak.

2. Mengganggu kawasan dalam usus dan kesihatan pencernaan


Makan pelbagai makanan yang bermanfaat untuk  persekitaran di usus yang perlu dibiakkan oleh bakteria baik. Bakteria ini berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan kesihatan pencernaan.

Beberapa jenis makanan yang baik untuk pencernaan adalah makanan yang difermentasi, seperti yogurt dan kefir, kerana mengandung probiotik. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi serat dan prebiotik yang berguna untuk persekitaran usus yang sihat.

3. Mengganggu sistem metabolisme sehingga risiko pelbagai penyakit metabolik

Minimum jenis makanan bernutrisi dalam diet harian anak boleh mengganggu metabolisme mereka.Individu yang makan makanan yang sama setiap hari mempunyai risiko penyakit metabolik.

Penyakit metabolik adalah gabungan faktor yang tidak sihat, menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan diabetes.

4.Bagi anak obesiti, agak sukar untuk mendapatkan berat badan yang ideal

Menyediakan diet yang tinggi nutrisi dan sihat adalah cara yang baik untuk membantu anak berjaya menjalani diet kerana berat badan berlebihan atau gemuk.

Memberi dan mempelbagai makanan sihat dapat membantu individu yang berlebihan berat badan untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan lemak, sehingga berat badan mereka dapat menjadi lebih ideal.

5. Merosakkan sistem ketahanan badan 

Bila pemakanan anak kurang nutrisi cenderung jatuh sakit kerana menyebabkan sistem ketahanannya menjadi lemah. Jadi sebab inilah ibu perlu membekalkan makanan yang mengandungi sayur, daging dan buah-buahan. 

Selain daripada makan makanan yang sihat, badan anak juga memerlukan pelbagai jenis makanan.

Jadi untuk mengelakkan kesan buruk pada tubuh anak kecil. Sebaiknya ibu perlu memberi makanan yang cukup lengkap dengan nutrisi. Jika anak suka makanan yang sama tidak mengapa tapi tukar-tukar protien,vitamin dan lain-lain.

Helping with Your First Few Steps


ChubbyBitsy's Blog . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates